Alhamdulillah majlis tersebut telah dapat dijalankan dengan jayanya mengikut jadual. Hotel Kings yang menjadi tumpuan pada malam tersebut menyaksikan satu kejutan diluar jangkaan kerana hadirin yang hadir pada malam tersebut telah melimpah hingga keluar dewan. Tahniah dan syabas kepada semua pejuang dan pendokong HPA Negeri Melaka dan sekitarnya yang telah hadir beramai-ramai untuk mendengar kuliah Tn Hj Ismail yang padat dengan perkembangan HPA dan perkongsian ilmu perubatan herba. Majlis yang telah dimulakan dengan tayangan slide mengenai Palestin dan sebaik sahaja Tn Hj Ismail hadir bersama isteri kira-kira jam 9.45 malam beliau telah melancarkan kutipan derma "Untukmu Gaza" bagi peringkat Negeri Melaka dan alhamdulillah kutipan yang berjaya dibuat pada malam tersebut berjumlah RM 1399.45. Mudah-mudahan sumbangan yang telah dihulurkan akan dapat membantu pejuang-pejuang Palestin mengalahkan tentera-tentera Yahudi laknatullah.
Didalam kuliah kali ini Tn Hj Ismail telahpun berkongsi antaranya dengan semua ahli adalah kelebihan dan khasiat 3 produk baru yang telah berada dipasaran Melaka iaitu Minuman Roselle , Sabun Clay dan Kapsul IMT. Apa yang menakjubkan hasil daripada penerangan tersebut stok minuman Roselle dan Sabun Clay di Cawangan Melaka dan Tangkak habis keesokan harinya. Ramai yang hampa kerana tidak dapat menjadi antara orang pertama yang memilikinya. Apa boleh buat maaf jua yang dapat dipinta kerana stok di PJ Duyong dan PA Jasin juga habis dalam sekelip mata. Harap-harap pihak pengurusan dapat bertindak serta merta untuk menghantar stok baru dengan segera. PA Jasin berusaha juga untuk dapatkan stok dari Cawangan Muar tapi dimaklumkan bahawa bayang Minuman Roselle pun mereka belum nampak. Kesian yee.. cuma usaha kami berbaloi le juga sebab stok Sabun Clay ada sedikit kat sana.
Majlis malam tersebut berlarutan dan habis kira-kira jam 11.45 mlm. Nampaknya ramai yang tidak puas kerana tiada peluang untuk bersoal jawab. Diharap pihak pengurusan peka kepada penganjuran dimasa depan agar majlis tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberi peluang secukupnya kepada para peserta dan perkara ini boleh diatasi sekiranya majlis dimulakan lebih awal berbanding masa kuliah Tn Hj Ismail pada malam itu bermula pada jam 10.00 malam. Testimoni yang hendak dikongsikan sepatutnya dikawal isi kandungannya agar tidak meleret-leret dan memakan masa yang panjang. Pemilihan tempat juga perlu diberikan perhatian dimasa depan bagi mengelakan banyak gangguan kepada perjalanan kuliah. Cuma daripada jadual yang telah dikeluarkan untuk siri KPJ pada bulan Februari 2009 nampaknya orang Melaka kena menunggu 2 bulan lagi untuk bertemu semula dengan Tn Hj Ismail kerana dalam jadual tersebut tiada peruntukan untuk Melaka di bulan Februari 2009. Sabau je le ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan