SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

04 Februari, 2009

JUALAN AMAL "UNTUKMU GAZA"


Jualan amal ini adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung Kemanusiaan Palestin bagi membantu meringankan bebanan , trauma dan kemusnahan yang diakibatkan oleh serangan Israel Laknatullah. Usaha sekecil ini diharap dapat menyumbang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh warga HPA Melaka khususnya dan warga HPA keseluruhannya untuk menjayakannya. Inisiatif ini dimulakan dengan menjual Kalender Ekslusif 2009 kami dengan harga RM 5.00 . Bagi setiap RM 5.00 yang diperolehi daripada jualan tersebut sebanyak RM 3.00 akan dimasukan kedalam tabung tersebut.Buat permulaan ini , jualan amal ini telahpun dilaksanakan di Pusat Agensi Jasin dan insyallah akan diluaskan lagi ke Pusat Jualan Duyong dan Stokis-Stokis Kelab Sahabat Siti Khadijah yang ingin turut serta menjayakan jualan amal ini. Lebih ramai stokis yang terlibat akan memudahkan lagi ahli-ahli HPA untuk menderma sambil membeli . Usaha juga sedang dilakukan untuk mendapatkan kerjasama daripada Cawangan HPA di Semabok dan Tangkak untuk membantu didalam jualan amal "Untukmu Gaza" ini. Buat ahli HPA/Stokis HPA yang mempunyai barangan atau idea lain untuk menambah koleksi jualan amal ini adalah amat dialu-alukan. Kepada ahli HPA yang berada di luar Melaka yang rasa terpanggil untuk bersama dengan kami untuk menjayakan jualan amal ini boleh berhubung dengan kami seberapa segera yang boleh. Kepada para ahli HPA yang tidak mahu membeli sambil menderma tapi berhajat untuk menderma juga boleh berbuat demikian dengan memasukan sumbangan anda kedalam Tabung Derma yang akan disediakan dilokasi-lokasi yang mengambil bahagaian. Insyallah perkembangan jualan dan kutipan derma serta lokasi-lokasi jualan yang akan mengambil bahagian akan diumumkan dari masa kesemasa dalam laman blog ini.

Ayuh !! Kita mulakan sumbangan kecil ini mudah-mudahan ianya akan dapat membantu Rakyat Palestin mengalahkan Israel Laknatullah. Takbir ! Takbir ! Takbir !

Tiada ulasan: