Kelab Sahabat Siti Khadijah - Gabungan Unik Perniagaan Produk Halal & Toyyib , Pusat Pra Pendidikan Anak-Anak Syurga , Pencetus kesedaran Insan tentang kelebihan menyimpan EMAS untuk masa depan
SEROMPONG ENTERPRISE
17 Mac, 2009
MILIK SIAPAKAH BAYI COMEL INI ??
Milik siapakah bayi ini . Wajah lembut bagaikan sutera. Cewaah ! Alhamdulillah inilah puteri ku yang ke lapan. Lahir pada tanggal 2 hb Mac 2009 bersamaan 5 Rabiulawal 1430 H jam 5.03 petang di Hospital Pantai Air Keroh dengan berat 2.53 kg. Lahirnya dengan penuh kasih sayang seorang ibu dan abah dan rahmat daripada Allah SWT memberikan kegembiraan kepada semua yang menantikan kelahirannya. Kelahiran pra matang ini telah meninggalkan sedikit implikasi kepada dirinya kerana sebaik sahaja dilahirkan belumpun sempat abahnya mengalunkan azan dan iqamah ditelinganya anak kami ini telah dikejarkan kebilik khas kerana seluruh badannya menjadi biru disyaki telah terminum bahan ibunya.Alhamdulillah keadaannya stabil selepas diberikan rawatan tapi masih memerlukan penjagaan rapi kerana dikhuatiri terdapat jangkitan pada paru-parunya dan didapati juga bacaan darah merahnya juga kurang daripada tahap biasa. Pada jam 10.00 malam setelah keadaannya semakin baik , barulah abahnya dapat mengalunkan azan di sebelah telinga kanannya dan iqamah disebelah telinga kirinya dalam keadaan tangan dan hidungnya penuh dengan wayar-wayar. Kasihan melihat keadaanya kerana dalam usia tak sampai sehari sudah menghadapi ujian yang besar. Sabarlah ya wahai anakku. Abah dan ibu hanya mampu berdoa muga kau cepat sembuh dan sihat segera agar dapat kembali bersama abang dan kakakmu yang dah tak sabar untuk menatap dan membelaimu.Alhamdulillah berkat doa semua , anak kami telah dibenarkan keluar setelah 6 hari berada disana. Hasil pemufakatan dan persetujuan semua Puteri kami yang kelapan ini telah ku namakan dengan nama AIN NADHIRAH yang bermaksud Mata yang berseri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Alhamdulillah... saya turut tumpang gembira dgn kehadiran orang baru dlm family en.halim... semoga dengan kehadiran nya akan dapat menambah keberkatan dalam hidup semua ahli keluarga & di doakan jua agar 'mata yang berseri' ini bakal menjadi salah seorang srikandi sejati dalam mlms kita (hpa)... amin :)
Catat Ulasan