SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 September, 2009

CORETAN PERJALANAN AIDIL FITRI

Lambaian syawal dari kampung semakin kuat. Hari terakhir berurusan di kedai cukup memberi kepuasan yang maksima. Apa taknya , ramai yang datang untuk mendapatkan keperluan terakhir mereka sebelum kami menutup operasi bagi meraikan hari kemenangan ini. Berpuluh-puluh karton Radix Cola , Sarsi bertukar tangan. Beratus bungkus ayam organik berpindah lokasi . Berpuluh panggilan dan sms yang diterima bertanyakan stok air dan ayam tapi malang keperluan tersebut tidak dapat ditunaikan oleh dek stok yang terhad dan tiada tempahan awal yang dibuat. Seronok melihat penempah pulang gembira dengan barangan tempahan masing-masing. Sedih kerana tidak berupaya menunaikan hajat pelanggan yang tidak kesampaian...
Masa terus berlalu ...
Kini tiba masanya kami sekeluarga memulakan perjalanan balik ke kampung mertuaku di Sungai Petani Kedah ....tungguuuuu
Lebih kurang 7.00 pagi , kami pun memulakan perjalanan kami melalui jalan lama Ayer Keroh - Senawang. Sesampai di Senawang kami menukar arah melalui jalan bertol hinggalah ke Tanjung Malim setelah mendapat maklumat bahawa terdapatnya kesesakan trafik di lebuhraya sehingga ke Tol Ipoh.Sesampai sahaja di Ipoh , maklumat dari PLUS menyatakan bahawa terdapatnya kesesakan yang teruk dari Tol Jelapang sehingga Tol Changkat Jering , kami pun meneruskan perjalanan melalui jalan lama sehingga ke Changkat Jering. Sesudah itu perjalanan kami mula memasuki lebuhraya semula dengan ditemani dengan hujan lebat disepanjang perjalanan. Sebaik sahaja melepasi dan memasuki sempadan Pulau Pinang suasana kering dan meneruskan perjalanan balik kampung ini dengan lancar dan sedikit masa lagi akan sampailah kami ke destinasi tumpuan kami iaitu Sungai Petani Kedah Darul Aman ataupun HPA City ....

Memasuki semula bandar Sungai Petani memang menjadi idaman dan impian semua. Bukan sekadar untuk meraikan hari kemenangan bersama keluarga tapi juga ingin melihat perkembangan HPA City dengan mata kepala sendiri merupakan satu hadiah terbaik sempena Aidil Fitri kali ini...

Destinasi pertama kami sebaik membelok ke kiri lampu isyarat di bandar Aman Jaya , mata kami tertumpu kepada sebuah restoran milik kami ...... Radix Oriental Cuisine di sebelahnya pulak .....Radix Bakery House . Perjalanan kami seterusnya melalui deretan kedai .....melintasi Pusat Stokis Daerah milik Ustaz Zahir yang hampir menutup operasinya . Selepas itu kami melintas satu lagi mercu tanda HPA di HPA City iaitu ...Hotel El Zahra Inn yang ditemani oleh Radix Original Receipe disebelahnya dan seterusnya kami melintasi bangunan serba oren yang telah menggegarkan dunia industri makanan segera ...Radix Fried Chicken. Perjalanan diteruskan .... memasuki persimpangan Bandar Laguna Merbok , kami tercari-cari dimana RFC kedua disitu .....tiba -tiba masing-masing terpandang satu lagi bangunan serba oren di tengah-tengah kawasan lapang Bandar Laguna Merbok. Disinilah destinasi persinggahan kami untuk mencari sesuatu untuk dibawa pulang untuk juadah berbuka puasa kami di hari terakhir sebelum meraikan hari kemenangan kami semua ...
Jom kita gempurrrrrr ...




Suasana di kaunter RFC Laguna Merbok yang sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan yang datang untuk berbuka puasa di situ ....











Kelihatan sibujang teruna dan sidara sunti kami sedang duduk menantikan pesanan kami disiapkan ...







Gambar pintu masuk ke RFC Laguna Merbok
Ramai juga keluarga yang ambil kesempatan hari terakhir Ramadhan berbuka puasa di RFC. Mungkin disebabkan suasana Hari Raya yang semakin tiba memberi peluang kepada mereka yang datang menikmati hidangan RFC tanpa beratur panjang .....


Bersantai di RFC sambil menunggu pesanan ....










HPA Cawangan Laguna Merbok yang telah menamatkan operasinya pada hari tersebut untuk meraikan kedatangan Syawal 1430 H ...



Sekecil manis kami tersenyum simpul setelah dapat apa yang dihajati ...


Bergambar kenangan sebelum meninggalkan RFC dengan juadah berbuka puasa kami pada hari itu ....
Perjalanan diteruskan dan kami sampai kedestinasi terakhir kami iaitu di Kampung Bujang Bedong 2 minit sebelum azan dilaungkan. Berbukalah kami sekeluarga dengan hidangan lazat ayam RFC , kentang putar , coleslow , fun fries , radix cola dan radix float untuk hari terakhir Ramadhan Kareem 1430 H.


Suasana di pagi raya yang sempat dirakamkan ......

Anak-anakku sedang menikmati ketupat palas sebelum menunaikan solat aidil fitri di masjid ...

Sempat berposing dengan pakaian baru mereka si comel kami dipagi raya sebelum bersarapan ....ohhh segak bergaya.

Pak khatib sedang menjalankan tanggungjawabnya seusai solat aidil fitri untuk memulakan bacaan khutbah raya ...














Ust Sobri ...imam bertugas sedang menyampaikan khutbah ....














Diantara jemaah yang hadir membanjiri masjid Kg Bujang termasuklah warga Bangladesh yang bekerja mencari rezeki di kawasan pembinaan perumahan ....












































Khutbah yang disampaikan mengajak para hadirin menunaikan 9 wasiat ....
Seusai khubtah dibaca , agenda seterusnya majlis tahlil arwah diadakan ... sedikit kelainan pengisian sejak PR memerintah negeri Kedah .
Duit raya pertama .......??Tradisi yang masih dikekalkan sebaik sahaja selesai solat aidil fitri .

Destinasi pertama ziarah ...menziarahi kubur Tok Wan mereka.




Berdoa muga ALLAH SWT mencucuri rahmat keatas roh Tok Wan ...aminnnn




















Bergoyong royong , berbakti kepada yang telah tiada , persekitaran kubur Tok Wan dibersihkan ....




























Diasuh untuk mengingati insan yang telah pergi .....














Suasana di tanah perkuburan Kg Bujang ....
Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci yang dapat dikirimkan kepada insan-insan yang tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya .
Meraikan tetamu pertama yang datang berkunjung dipagi raya pertama ....

Meriahnya raya ....memakai baju sedondon . Warna tema raya kali ini .....MERAH .





























Yang berbaju biru tu sah dari waris yang lain . He he




























Itulah hikmahnya ada warna tema .....


Kunjungan wajib anak-anakku setiap kali pulang ke kampung
Lihat dan dengar deruan air dah cukup untuk menggambarkan betapa seronoknya dapat mandi manda disini ...lokasinya tak jauh dari kampung kami dan ianya masih lagi percuma !!


Masih berbelah bahagi ...antara takut dan berani ? Antara sejuk dan seronok ?

Masih mengatur strategi ...........??


Dah mula berani ......kesejukan bukan lagi halangan .





Bersedia untuk mengambil giliran masing-masing ....










Wow ! Seronoknya ....













Wah ! Romantiknya ...













Wah ! Best giler ....















Wow ! Syoknya ...








Kau nampak tak ? Apa yang ku nampak ? Seekor burung kuang berekor panjang yang cukup cantik sedang mencari makan di celah-celah kehijauan hutan dara ini ....

Akhirnya .......

Bagilah aku cuba pulak .....??

Inilah tempatnya ....jika ada kesempatan sampai singgahlah untuk merasai kesegaran air Gunung Jerai dan mengagumi ciptaan Ilahi .















Bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan balik semula ke Melaka pada pagi raya yang ke 4.














Destinasi kedua selepas mengisi minyak dalam perjalanan pulang setelah singgah di HPA Cawangan Sg Petani dan HPA Collection. Nak tahu di mana ......jom ikut .
















Dah tahu jawapannya ....jom kita masuk dalam.















Maaf roti baru nak buat . Almaklum baru nak buka operasi setelah cuti panjang. Yang masih banyak ......kuih raya . Kuih kacang tumbok , kuih kacang potong dan lain-lain.
















Sempat berposing untuk tatapan anda semua yang masih belum kesempatan ke sana ...Jangan marah .

Dah singgah tu ...ade saje buah tangan yang dibeli sebagai tanda sokongan untuk bantu tingkatkan ekonomi ummah. Caya lahhh


Si comel memberikan posing yang terbaik dihadapan ROC . Tak masuk kedai , gambar diluar pun jadilah .....


Destinasi seterusnya .....sedang menunggu pesanan yeee



Pertemuan kedua ..pertemuan pertama dengan si isteri yang ramah melayan kami semasa kami singgah di HPA Collection
Pertemuan kedua ..suami dan isteri yang sedang menikmati hidangan nasi goreng XX di ROR . Jangan salah sangka pulak ....waktu makan tengahari daaa. Bertuah jadi warga HPA di SP ...kerja , makan dan lain-lain tak lepas dari produk HPA . Teruskan makannnn...




Sedang menikmati kesedapan ice blended Radix Koko ..
Wah ! Sedappnyaaaa








Yang ni pulak .....Ice blended Roselle.
Lagi terangkat bebbbb




Tak mahu ketinggalan ....
Menikmati keenakan Ice blended Radix Koko ..
Jom jemput minum .





Akhirnya ........
Cuci tangan dengan hand wash oren maka ....
berakhirlah coretan perjalanan kami dan seterusnya kami meneruskan destinasi perjalanan kami pulang ke Melaka dan alhamdulillah kami selamat sampai semula ke teratak kami jam 3.00 pagi.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin .
Jumpa lagi dilain coretan.Daaaaa

1 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

syoknya raya..bila nak dtg kerumah. Jgn lupa malam esok 30/9/09 lepas mghrib mtdn24bemban serang rumah hjmddan di pondok kempas..usrah mtd le