SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

18 September, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H

Bagi meraikan hari kemenangan kita semua , izinkan kami bagi pihak AJK Kelab Sahabat Siti Khadijah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minnal Aidil Wal Faizin Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung dan ahli-ahli kelab sahabat tidak kira dimana anda berada. Didoakan semuga hari lebaran yang akan disambut ini akan diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kehadrat ALLAH SWT diatas segala nikmat kurniaanNya. Ambillah kesempatan dihari kemenangan ini untuk kita sama-sama muhasabah diri dan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Rabbuljalil. Disamping kita bergembira sekiranya ada sedikit kelebihan maka ingatlah kepada insan-insan yang memerlukan bantuan. Mudah-mudahan sedikit bantuan yang dihulurkan akan memberikan sedikit senyuman dan kegembiraan kepada penerimanya dan dapat bersama meraikan hari lebaran ini dengan gembira.Kepada para pelanggan kami di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong ucapan yang sama juga ditujukan kepada tuan/puan. Mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang berurusan di pusat kami ada yang terkurang , tersalah , tersinggung dan sebagainya , sepuluh jari disusun dengan rendah diri memohon keikhlasan tuan/puan yang budiman untuk dimaafkan. Muga tautan silaraturahim dan bisnes akan terus berkekalan demi meneruskan perjuangan yang masih panjang ini ....
Salam lebaran ..
Salam perjuangan ...
Allahukbar Allahukbar Allahukbar Walillahilham

Tiada ulasan: