Dihari yang bahagia ini teringat aku sewaktu masih bekerja makan gaji dulu ... banyak kali didengar ungkapan yang sering dilaungkan sewaktu berseminar atau berkursus ...." Cuba ANDA bayangkan sekiranya pada suatu hari pada 26 hb apabila ANDA mencucuk "DINDING" tiada apa-apa yang keluar ...? " Pada masa itu tidaklah berapa yang ambil port sangat sebab waktu tu syarikat tempat yang cari makan ni sebuah syarikat gergasi . Tapi kini apabila aku cari makan atas kaki sendiri ungkapan ini telah benar-benar belaku pada diri aku dan kebetulan ianya berlaku dalam bulan ini . Pada 26 hb yang lalu semasa aku buka online banking aku , ku dapati CDB Salary aku hanya berbaki RM 138.00 dan CDB Salary orang rumah aku berbaki RM 344.00 . 99 % pendapatan aku sekeluarga telahpun dipotong oleh "Syarikat Multilevel Syariah" tempat aku bergantung sepenuhmasa ini sebelum dibuktikan dakwaan yang dibuat benar-benar sahih. Terkedu dan difikiranku tergambar bagaimana aku nak lunaskan sewa kedai , hutang rumah , hutang kereta , hutang kurma dan lain-lain dengan wang sebanyak itu. Nak diambil wang dari jualan harian bagaimana pula nak nak beli stok jualan. Berserabut kepala otak dibuatnya ... barulah terasa bagaimana susahnya hidup jika tiada pendapatan secara tiba-tiba ...dan banyak lagi insiden yang berlaku dalam bulan ini sewaktu aku kesempitan wang ini. Tak perlulah aku ceritakan cukup sekadar ianya menjadi penguat semangat untuk meneruskan perjuangan ini. Dugaaan ini kuterima dengan REDHA mudah-mudahan akan ada jalan keluar dihujung sana.
KEJUTAN yang lebih MENGEJUTKAN pagi ini yang kuterima adalah menerima panggilan daripada isteri tersayang .... TNB telah potong bekalan elektrik rumah aku kerana ada tunggakan bil yang belum dijelaskan . He he ... sabor ajelah. Nampaknya tak payah buat acara tiup lilin le malam ni sebab semua API telah dipadamkan oleh TNB sempena Hari Ulangtahun aku pada tahun ini .
......... SELAMAT HARI JADI ABAH .
1 ulasan:
selamat menyambut hari lahir.....masayallah ,subhanallah allahhuakhbar
Catat Ulasan