SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

05 Oktober, 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI @ PASTI

ALHAMDULILLAH pada 1 hb Oktober 2010 bersamaan 22 Syawal 1431 yang lalu PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH telahpun berjaya menganjurkan sambutan Aidil Fitri 1431 dengan meriah dan berjayanya. Kehadiran semua anak-anak PASTI lengkap dengan pakaian Raya masing-masing telah menghidupkan sambutan hari raya yang pertama kalinya diadakan sejak penubuhannya Januari lalu. Lebih mengujakan adalah dengan hadirnya ahli jawatankuasa serta ibubapa pelajar yang berkesempatan memeriahkan lagi sambutan kali ini. Sambutan yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga selesai waktu persekolahan itu cukup membuat hati ini tersentuh dengan sumbangan yang diterima daripada sumber yang tidak dijangka sama sekali. Kami hanya memohon sepiring kuih sebagai jamuan daripada ibubapa tapi Alhamdulillah ada ibubapa pelajar yang sudi untuk menyumbang lebih daripada apa yang sepatutnya sebagai tanda sokongan mereka diatas daya usaha kami untuk menjayakan aktiviti ini. Syukur kehadrat Illahi diatas rezeki ini dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung sehingga menjadikan majlis kami ini suatu kenyataan. Kemeriahan sambutan ini diserlahkan lagi dengan keriangan anak-anak PASTI menerima "Duit Raya " daripada guru mereka hasil sumbangan ahli jawatankuasa pengurusan PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH. Jom kita lihat apa yang dapat dirakamkan oleh lensa kami kali ini ....


Sempat membantu guru menyediakan juadah yang disumbangkan untuk santapan para tetamu ..


Antara ibu dan penjaga pelajar yang turut hadir meraikan majlis kami ini..


Anak-anak tetap anak-anak ....
Bergaya dengan pakaian raya masing-masing

Yang puterinya pun tak mahu mengalah ..

Wah kuih apa tu ? Canti berbelang-belang , tentu sedapkan ?
Macam-macam kuih ada ! Bila nak mula ni ...geram aku !

Berbaris pulak dah ! Kenapa pulak nie ?

OOOO ..rupanya cikgu nak bagi duit raya . Tersenyum girang setelah dapat bahagiannya !

Selamat Hari Raya cikgu ....terima kasih ya.

Jangan bimbang , masing-masing ada bahagiannya ..

Siapa lagi yang belum dapat ? Sila angkat tangan ..

Ceh ! Selesai duit raya jom kita posinglah pulak ...

Antara AJK yang hadir sedang membincangkan sesuatu dengan bapa pelajar ..
Seronok dapat berhari raya sambil berkenal-kenalan diantara sesama ibu pelajar




Sempat pulak bermain ...rebut kerusi ?


Pengerusi PASTI sedang mengambil juadah ...
Ini yang bagusnya ...sudah puas berhari raya ...kerja sekolah tetap tidak diabaikan.

Nak warna apa ? Ni ada banyak warna aku bawa nie ...pilih ler !

Yang nie lagi hebat ...asyik kira duit raya ! Cukup ke tak ?

Akhirnya ..... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari kami PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH.

Tiada ulasan: