SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

24 Disember, 2010

MISI 2 DALAM 1 BERJAYA ??

ALHAMDULILLAH .... pada tanggal 17 hb Disember 2010 yang lalu pada jam lebih kurang 9.30 pagi bermulalah perjalanan kami sekeluarga bermufasir ke Utara dengan matlamat menyempurnakan misi 2 dalam 1 kami.

Memandangkan pemergian kami ini dalam tempoh yang lama (lama bagi orang berniaga macam kami kalau dahulu semasa makan gaji , 4 hari tak cukup lama kalau balik ke Utara) maka persinggahan kami adalah kerumah rakan stokis untuk mewasiatkan barang dagangan terutamanya kopi radix untuk dimanfaatkan kepada ahli yang memang dahagakan bekalan kopi yang sedang dalam krisis semasa ketiadaan kami bercuti sambil menyelesaikan masalah yang tertangguh sekian lama.

Destinasi ke 2 persinggahan kami adalah menghantar pesanan Bantal Panas kepada pelanggan kami yang sedia menunggu dipersimpangan jalan keluar dari Kg Tehel ...he he dapatlah sikit untuk bayar duit tol ..

Perjalanan diteruskan menuju destinasi ke 3 iaitu Alor Gajah. Di sana sedang menanti rakan seperjuangan yang memerlukan stok minyak wangi Munifhijjaz untuk dikembangkan rangkaian pengedaran disana...

Selesai sahaja misi di ketiga-tiga destinasi ini maka perjalanan ini diteruskan menuju ke destinasi utama .....Kedah dan Perlis. Jom kita lihat sedikit catatan perjalanan kami didalam menyempurnakan misi kami kali ini ...


Masa untuk melayan keperluan perut ... persinggahan pertama di RNR Rawang .
Menikmati bekalan yang dibawa bersama ...almaklumlah ramai tentera , dengan cara ini ianya lebih menjimatkan dan yang lebih penting boleh dimakan tanpa was-was.

Nak tahu lauk apa yang kami bawa .... alhamdulillah sempat asingkan sebungkus ayam organik pada hari terakhir tu , kebetulan pada hari tersebut semua bekalan ayam organik di cawangan seluruh Melaka pun turut habis maka terpaksalah mohon maaf banyak-banyak pada pelanggan kami yang cuba mengecek ayam kami yang seekor tu... selera makan diperjalanan ini walaupun lauknya hanya ayam organik masak merah dengan nasi putih aje ...dah bocor dah menu kami .

Persinggahan ke 2 selepas isi perut adalah menunaikan Solat Zohor dan Asar secara jamak dan qasar. Masjid yang bertuah adalah masjid jamek Tapah. Gambar ini diambil seusai solat sambil duduk melembutkan urat-urat kaki tu , anak-anak ambil kesempatan berehat sambil menikmati ais krim yang dijual diperkarangan masjid tersebut.

Si comel kami tidak lepaskan peluang untuk nikmati ais krimnya dengan pose yang menarik

Terliur gak melihat anak-anak menikmati ais krim tapi apakan daya , sekejap tadi sudah teguk bekalan madulia yang dibawa ...faham-faham ajelah penyakit apa jika dah teguk madulia tu..

Perjalanan kami diteruskan sehinggalah kami sampai ke rumah mertuaku di Kg Bujang lebih kurang jam 8.15 malam.


Esoknya bermulalah perjalanan untuk misi utama kami ...HQ HPA di Jejawi Dalam Perlis. Bertolak pada jam 7.45 pagi akhirnya kami sampai ke destinasi kami pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah kami sampai lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk perjumpaan tersebut iaitu pada pukul 10.00 pagi.


Duduk di sofa sambil menunggu masa untuk dipanggil masuk untuk perbincangan..

Pukul 10.30 baru perbincangan dimulakan dengan dipengerusikan oleh Ust Ahmad Ali Pengerusi Panel Syariah HPA.
Maaf tiada gambar yang dapat dirakamkan kerana perbincangan ini diadakan secara tertutup ! Hebat perbincangan kami ini ... he he.

Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan mesra. Pada permulaan itu , aku hanya buku buku catatan sahaja tapi bila nampak perlahanan perbincangan tersebut maka mulalah aku buka laptop yang dibawa untuk rujukan. Lepas tu ku bawa masuk pula segala-gala dokumen yang kubawa untuk membuktikan dan mempertahankan segala dakwaan mereka adalah tidak benar. Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan baik dan lancar dan masalah kami dapat diselesaikan dan banyak perkara yang dapat diselongkar dan banyak kelemahan dapat dikesan bagi mengelakan daripada berulangnya insiden yang berlaku keatas kami yang bukan sahaja menyusahkan dan merugikan kami tapi juga syarikat. Perbincangan kami tamat sekitar jam 2.00 petang dan ditangguhkan dengan janji masalah pusat jualan isteriku akan disemak semula dan diselesaikan dalam tempoh 1 minggu. Jalan telah dirintas dan insyallah masalah yang menimpa isteriku juga insyallah akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Perut pun sudah berkeroncong ...semasa perbincangan tu kami hanya dijamu dengan secawan kopi radix mai secawan , maka terpaksalah bawa diri ke bandar Perlis mencari sesuatu yang mengenyangkan dan hikmahnya ....kami berjumpa dengan Radix Chicken House (RCH) , jadi apa tunggu lagi .... kami terjah ajelah ...


Sedang buat pesananlah tuuu ....

Sedang menunggu pesanan disediakan .....
Antara hiasan yang menemani pelanggan makan di RCH... macam-macam ada
Diantara pelanggan yang menjamu selera bersama kami pada hari tersebut ...

Akhirnya .....sedang menikmati Nasi Ayam Organik yang istimewa ... sedapnyaaaaaa

Dah tak pusing kanan dan kiri dah ... yang sebelah tu dah licin tentu pegi tambah order. Seusai saja makan maka kami pun ziarah ler cawangan-cawangan HPA yang ada. Meninjau produk-produk yang tiada di Melaka untuk dibawa pulang .....dan alhamdulillah kami dapat Kordial Pegaga , Kordial Jambu Batu Merah , Bedak Wanita , Sabun Casia , Madu Asli , Sabun Whitening dan yang paling penting Kopi Papan dan Jumbo . Kami juga bertembung dengan rombongan sahabat daripada Yala Thailand yang sedang melawat HPA sedang membeli belah di Kiosk Jejawi . Seronok tengok semangat perjuangan mereka ...

Selesai misi kami ....jom kita tengok pulak apa misi anak-anak kami pulak




Seronok dapat berendam di Tupah Merbok ...
Si comel dah menggigil kesejukan ...tapi masih belum mahu mengalah.
Senyuman gembira kerana hajat untuk bercuti di air terjun tercapai ..

Si abang pun tak lepaskan peluang ....cuba bakat terpendam

Bakal perenang negara masa depan ...

Sudah kesejukan jadi kelaparanlah pulak , nasib baik ada bekalan yang disisipkan ..

Kalau dibiarkan , 2 hari 2 malam pun sanggup berendam tapi ....itu aje masa yang ada .

Setelah selesai ke dua-dua misi maka kami pun berangkatlah pulang ke Melaka untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ...


Sempat berposing simanis kami di persinggahan kami dalam perjalanan pulang.
Sudah bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan pulang ...


Sempat bergambar kenang-kenangan bersama Along di Masjid Gopeng
Sempat isi minyak sebelum meneruskan perjalanan ...

Alhamdulillah kami selamat sampai kerumah tepat jam 12 tghmalam . Adakah misi kami berjaya ? ANDA yang Nilaikan ...

2 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

pasti(PASTI)....berjaya
eee seronoknya bercuti

Abd Halim Said berkata...

sekali sekala lupakan seketika dunia bis best gak dapat pulak bersantai dgn keluarga memang seronok ...tapi jaga-jaga poket bocor ha ha