Pagi-pagi lagi sudah dapat panggilan dari ibubapa pelajar .... encik sekolah belum buka lagi ker ? He he rupa-rupanya ibubapa sejak awal lagi sudah tunggu depan pintu sekolah , mungkin tak dapat cuti agaknya sebab itu kena hantar anak awal dengan harapan dapat diselesaikan awal dan dapat terus melaporkan diri ke pejabat pulak. Buku baru takkan nak dapat warna merah pulak kat pejabat he he. Lantas terus menelefon guru-guru untuk tahu kedudukan masing-masing dan maklumkan situasi di sekolah .
Sampai saja dirumah terus bersiap untuk ambil anak AKU yang ke 8 untuk kubawa ke PASTI. Lepas tu terus ambil anak-anak PASTI di rumah asuhan mereka sebagaimana yang telah diamanahkan oleh ibubapa yang tak dapat menghantar anak-anak mereka sendiri. Alhamdulillah tugasan selesai dan selamat sampai di hadapan PASTI..
Satu demi satu ibubapa sampai dengan anak masing-masing untuk mendaftar ... hinggalah datang seorang nenek bersama cucunya yang memang AKU kenal ... kenapa Pakcik Alim tak ambil Danisya .... rupanya dia menunggu AKU menjemputnya. Ingatkan hari pertama ibu dia yang hantarkan ... apa nak buat , nasib baik tak kena sembur ?
Oklah ... apa-apa pun hari pertama telahpun selesai dan alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan sempurna walaupun ada sedikit kekurangan yang tidak dapat dielak .. Jom kita lihat apa yang sempat dirakamkan oleh lensa warna-warni hari pertama di PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH sesi 2011 .....
Masih lagi mendaftar ...
Ada gaya ustazah tak ? Bravo Bravo ...
Akhirnya sedikit kelucuan yang berlaku diakhir hari pertama hari ini. Semasa menghantar balik anak-anak PASTI ini ke tempat asuhan mereka , telah ku bilang ada 6 orang kesemuanya tapi tiba-tiba pengasuh itu menegurku ....Bang ada seorang lagi ni yang tertinggal nie ? Ye ke ? Yang pakai baju coklat . Tak pe nanti saya periksa kat sekolah kalau ada nanti saya hantar semula . Setibanya di sekolah ternyata memang ada seorang lagi pelajar yang memakai baju coklat yang masih bersahaja bermain seorang diri walaupun kawan-kawannya yang lain sudah pulang kesemuanya ... Hari pertama beb masih tak tahu mana yang satu yang perlu dihantar , yang mana pula dijemput oleh ibu dan bapa mereka ?
Alhamdulillah ...diakhir persekolahan tadi seramai 27 pelajar baru dan lama akan bersama-sama di PASTI kami sepanjang sesi 2011. Terdapat sedikit peningkatan jumlah pelajar berbanding tahun lepas dan ini bermakna bertambahlah juga tanggungjawab yang perlu dipikul bagi melahirkan GENERASI BERTAKWA .
1 ulasan:
syabas buat pasti ssk
Catat Ulasan