SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

06 Januari, 2011

APA DAH JADI ??

Apa dah jadi , Akan terjadi , Hujan pasti berhenti ... itu antara bait-bait lirik lagu yang didendangkan oleh M. Nasir . Bukan isu ini yang hendak aku ulas tapi isu tentang sebuah syarikat nie yang buka sahaja tirai 2011 telah umumkan bahawa penajaan semula keahlian bagi ahli-ahli yang tidak aktif keahlian yang macam biskut ...kejap ada kejap tiada , kejap beli .....lamaaaa tak membeli boleh ditaja semula dengan syarat-syarat tertentu. Heran juga teman kenapa boleh terjadi perkara macam ini. Lepas tu macam biasalah dikeluarkan pulak jawapan untuk merasionalkan kenapa keputusan tersebut dibuat. Heran kenapa tiba-tiba je boleh menaja semula ?? Tiadalah pulak kajian dibuat kenapa ahli-ahli ini tidak aktif ? Apakah sebab musababnya ? Apakah sebab produk yang diperlukan seringkali tiada hingga menyebabkan mereka kecewa ?? Adakah sebab mereka masuk dahulu sebab ditaja sekadar untuk menaikkan pangkat seseorang ? Adakah mereka merasakan mereka telah dipergunakan oleh "upline" mereka ? Adakah mereka masih tidak faham tentang apa yang diperjuangkan tentang produk halal tanggungjawab bersama ? Atau .......... ??? Kenapa tidak ditukar sahaja daripada keahlian seumur hidup kepada kematian keahlian kalau tidak aktif selama ...... tidak payahlah syarikat susah-susah mengeluarkan kenyataan tentang penajaan semula yang pasti mengundang kontrovesi ? Buat segelintir orang ianya mungkin sesuatu yang mengembirakan kerana dapat mengitar semula darah lama untuk mengisi kekosongan program yang semakin sepi . Setengahnya bimbang , bimbang ahli-ahlinya akan di"culik" dengan cara yang tidak bertanggungjawab ? Sebahagiannya pula bingung ....? Di pihak syarikat tentunya seronok , sekurang-kurangnya laris kembali jualan kit keahlian dan laris juga jualan untuk mencukupkan syarat untuk kenaikan pangkat. Pemimpin besar juga gembira kerana RM tetap dapat dipertahankan , rangking juga hebat ! Persetanlah dengan kekurangan produk dipasaran , yang penting Gempurrrrrrrrrrrrr.

Sudah habiskah saudara mara , sahabat handai , rakan sepejabat , jiran taulan untuk ditaja sehingga terpaksa untuk ditaja semula . Benarkah dengan menaja semula akan dapat mengaktifkan ahli yang dulunya tidak aktif sekiranya tidak dikenalpasti punca sebenarnya ketidakatifannya ?? Salahkah kalau ahli yang tidak aktif ini disebabkan oleh tidak mendapat bimbingan oleh "upline" nya sewajarnya , dibimbing dan dibantu oleh "leader" yang hebat tanpa perlu menukar rangkaiannya demi suatu perjuangan ? Tidak cukup ikhlaskah pemimpin-pemimpin hebat ini untuk membantu kalau tidak mendapat imbuhan dari segi RM sebab bukan dibawah rangkaiannya ? Jadi dimana letak "perjuangannya " ?? Apakah muslihatnya ? Adakah ada udang disebalik batu ? Jawaplah dengan seikhlas hati ...

Apakah kesannya penajaan semula ini jika diteruskan ?? Ya keahlian syarikat akan terus bertambah dan bertambah . Nampak hebat kerana keahlian sudah menghampiri 1 juta tapi sayang kerana rompang disana sini . Kalau diibaratkan seperti sebuah bangunan bertingkat yang senantiasa ditambah tingkatnya tapi dibawahnya telah ditebuk disana sini apa yang akan terjadi kepada bangunan itu pada suatu hari nanti .... Anda jawaplah sendiri .

Banyak juga kes yang telah ditemui . Banyak invois yang dipulangkan kerana dimaklumkan nombor keahlian tidak betul . Kes ini dikesan banyak berlaku pada belian yang dibuat oleh saudara mara atau kawan-kawan yang membeli dengan menggunakan nombor ahli orang lain dengan niat untuk membantu tapi sayang insan yang ingin dibantu rupanya telah ditaja semula ? Kenapa saya boleh berkata begitu ? Sebabnya nombor keahlian yang terlibat adalah nombor keahlian yang terawal maksudnya bukan bermula dengan nombor 4/5/6XXXXX.MY01 . Nombor yang terlibat bermula dengan 0XXXXX.MY01 . Tidak mungkin nombor-nombor tersebut tidak ada didalam sistem sekiranya keahliannya seumur hidup . Kalau kita main hentam sahaja pun nombornya tetap ujud walaupun nama keahliannya mungkin berbeza. Kalau 045678.MY01 sebagai contohnya sudah tidak ujud didalam sistem apa maknanya. Kalaupun ditukar kepada pewaris nombornya tetap sama cuma namanya sudah berbeza .

Apa dah jadi ?? Ulasan ini mungkin membingitkan telinga tapi apakah daya teman ... sekadar meluahkan perasaan dari dimensi yang berbeza. Mungkin terkhilaf insan kerdil ini untuk memahami perjalanan bisnes yang telah melangkaui dunia antarabangsa tapi inilah rintihan orang bawah yang melihat sesuatu yang tidak berapa kena dengan urus tadbir syarikat yang menjadi harapan paling akhir dewasa ini. Ada pun kelab yang ditubuhkan nampaknya tidak berjuang kearah itu . Masing-masing hanya sibuk mencipta peluang untuk meraih laba tanpa menghiraukan roh perjuangan yang sepatutnya didahulukan.

Apa dah jadi ??

Hari demi hari semakin meningkat "CARTA" ketiadaan stok produk dipasaran . Apa yang menghairankan setiap bulan senarai produk baru yang memasuki pasaran cukup panjang tapi dalam masa yang sama produk sediada semakin pupus bekalannya . Apa dah jadi ?? Apa sebenarnya yang dituju ? Senarai produk atau bekalan produk ? Gahnya bunyi sasaran 500 produk dipasaran tapi yang benar-benar ujud pada setiap masa tidak se Gah sasaran. Apa masalahnya, permintaan sediada tidak dapat dipenuhi tapi galak mengeluarkan produk-produk baru ??

Sekonyong-konyong keluar pulak arahan tindakan akan diambil kepada sesiapa yang tidak berlaku "ADIL" dalam penjualan produk. Setiap ahli berhak mendapat agihan yang "ADIL" ? Bagaimana dengan nasib "AGEN STOK" ? Adilkah sekiranya agen stok dapat 5 keping papan untuk meneruskan operasinya untuk mencari rezeki berbanding dengan kos yang terpaksa ditanggung lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos bahanapi kini ? Alangkah indahnya kalau arahan dikeluarkan supaya semua stok kopi yang sampai hendaklah dijual kepada Pusat Agensi sahaja dan mana-mana Agen Stok boleh membeli melaluinya dan stokis pula menjualnya kepada ahli. Adakah ini dikira "ADIL" . Kitaran rangkaian yang sempurna dimana masing-masing ada bahagian dan peranan yang dimainkan. Jika tidak apa gunanya diluluskan beratus-ratus stokis yang dengan tujuan untuk servis rangkaian masing-masing kalau mereka sendiri gagal untuk mendapatkan stok produk dalam kategori "ADIL" . Berbaloikah berniaga kalau terpaksa menjelajah ke Segamat , Senawang , Tangkak , Semabok , Serkam , Kota Fesyen , Tampin , Masjid Tanah , Perlis , Sungai Petani , Pusat Antarabangsa untuk mendapatkan stok ?? Memang tidak berbaloi malah makan pangkal tapi demi memastikan bekalan kepada pelanggan dan ahli tidak terputus ku gagahkan jua. Demi memastikan "Orang Kita" tidak kecewa dan patah semangat diatas kesetiaan yang tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan produk halal ku tempoh juga apa juga halangan dan rintangannya. Itupun sudah ramai yang berkata-kata ... inilah syarikat " Orang Kita" ...faham-faham ajelah apa maksudnya .

Bukan niat untuk memperkecilkan kebolehan "Orang Kita" tapi sekadar renungan untuk kita bermuhasabah dan merenung kembali fokus kita semuga masing-masing dapat mengambil iktibar untuk mengoreksi kesilapan dan kembali berjuang pada landasan yang sepatutnya. Sekiranya telahan ini silap maka buktikanlah bahawa perumpamaan yang dinukilkan seumpama bangunan bertingkat tadi tidak akan terjadi malahan terus berdiri gagah se Gah namanya.

Apa dah jadi ? Akan terjadi ? Hujan pasti berhenti .......?? Fikir-fikirkanlah ...

Tiada ulasan: