SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

18 Februari, 2011

KERETA BAWA RISALAH TERBALIK DEPAN KEDAI ...PANAS !!

Semalam 17hb Februari 2011 tika aku sedang memandu pulang setelah selesai menghantar anak-anak kesekolah telefon bimbitku menerima satu panggilan ... "Abang apa dah jadi dengan kedai abang nie ? Kenapa tanyaku .. dengan nada bimbang ? Habis berselerak depan kedai abang nie .. Alamak .... dalam kotak fikiranku sudah terbayang kedai aku dah kena pecah ke atau mesin air aku kena kebas lagi ? Apa yang berselerak tanyaku ? Nie haa risalah-risalah ini ...sembah derhaka ada , risalah pasal si Nuar pun ada ...macam-macam ada . Ooooo takpe takpe kata ku. Biarkan , biarkan .... nanti saya uruskan . Sampai saja di kedai , memang benar seperti yang dikatakan .... bermacam-macam risalah tadi ditabur dan diselerakkan didepan kedai aku . Ingatkan saja depa nak takut-takutkan aku rupanya seluruh deretan kedai disitu menjadi sasaran puak-puak nie dalam operasi tabur mereka malam tadi. Geli hati pun ada jadinya bila lihat barua-barua nie buat koje mereka. Kat kedai yang takde pengundi pun mereka tabur . Kesian pun ada , demi untuk dapat upah yang tak sebesar mana sanggup depa buat koje yang tidak berfaedah ini. Sudahlah risalah yang ditabur tu semuanya berunsur fitnah dan isu lapuk , tugasan yang dibuatpun tidaklah profesional dan mencemar alam sekitar je kerana membuang sampah dimerata-rata tempat. Almaklumlah upah yang diperolehipun bukannya bersih jadi koje pun tak sesempurna mana..... malas nak layan akupun sapu dan bakulsampahkan aje ... terdetik juga hati untuk simpan dan jual sebagai surat khabar lama dapat juga sesen dua tapi takde maknanya ... sempatlah aku rakamkan sampah yang depa buat-buat kat depan kedai aku tu untuk dinilai dengan ilmu dan fikiran yang waras. Kata Nabilpun ....Lu Pikir le sendiri .Jom kita layan ...








1 ulasan:

CHARGE MANGGIS berkata...

Alhamdulillah, Allah Maha Adil kerana masih lagi memberi peluang pada diri ini untuk mengecap nikmat berfikir. Risalah ditabur tanda mereka gentar dengan keutuhan dan kekuatan parti islam. Ingatkan mereka selesa di Melaka bumi Hang Tuah ni rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. Istilah bumi Hang Tuah dah bertukar dan sepatutnya di ucap dengan Bumi milik Allah. Dengan izin Allah, Daulah Islamiyah akan subur di bumi Melaka sepertimana pengislaman pembesar2 melayu bukan islam ketika dulu. Melaka mengimbau sejarah bahawa sewaktu dahulu adanya Melayu Bukan Islam dan Melayu yang di Islamkan.