SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

10 Februari, 2011

DOKTOR DAN PENGUNDI

Alhamdulillah pada 5 hb Februari 2011 yang lalu AKU berkesempatan mengikuti progrom JOM TURUN PADANG di UPU tempat aku bertugas untuk menghadapi PRK DUN Merlimau. Program khidmat masyarakat bersama DOKTOR ANDA dengan PENGUNDI telah berjalan sehari suntuk sedikit sebanyak telah berjaya menyelami minat dan kecenderungan pengundi-pengundi di UPU ini. Menyantuni warga emas dan uzur ini walaupun dengan misi menambat hati pengundi nampaknya mudah tetapi penuh dengan misteri yang tersirat dan tersurat. JOM kita saksikan gambar-gambar yang dapat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung dan ternyata insan-insan "ISTIMEWA" inilah merupakan talian-talian hayat UMNO(BN) yang hanya diingati semasa musim-musim sebegini ....

Dah uzur tapi semasa ketibaan kami , makcik ini sedang membasuh pakaian keluarga menggunakan tenaga empat kerat. Ternyata apabila diperiksa ...hasilnya macam-macam penyakit ada .

Mendengar khidmat nasihat doktor ...


Masih boleh tersenyum walaupun keputusan pemeriksaan ternyata kandungan gula dalam darah dan tekanan darah cukup membimbangkan ...

Demi memastikan kesinambungan hayat Parti Cap Kapal Layar makcik kenalah rajin-rajin makan ubat dan berpantang ye ... nasihat AKU bukan Doktor tu ..

Makcik ni ada iras mak enon dan kebetulan namanya pun sama . Masih tidak menyedari bahawa zaman dah berubah tapi masih setia pada yang satu .... Sabar menunggu jalan masuk kerumah di TAR. Harap-harap PRK kali ini dapatlah TAR ...kalau tidak AKU undi juga Kapal Layar tu ...ngko jangan bimbang.

Duduk keseorangan semasa ketibaan kami ... nak berjalan pun sudah tidak berapa daya. Mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk melakukan perubahan sebelum roh dan jasad berpisah ...aminnnn

Masih lagi rancak berbual kerana jarang-jarang dikunjungi tetamu. Kami pun cuba masuk jarum ler ...

Ada sedikit cenderahati selain daripada ubat yang kami titipkan. Mudah-mudahan sedikit kebajikan yang ditaburkan ini akan membawa angin perubahan yang diimpi-impikan.

Ikut rekod baru sahaja jalani ujian bulanan di klinik kerajaan tapi hasil pemeriksaan ternyata kandungan gula dalam darah sudah melebihi paras bahaya ? Sebab tulah kerajaan naikkan harga gula agaknya ....untuk selamatkan talian hayat mereka yang kebanyakannya sudah terlebih makan subsidi. Takpelah setidaknya kunjungan kami ini telah memberikan impak kepada pihak lawan ....esoknya AKU dapati jalan masuk kerumah sudah di TAR baru . He he ...nak lagi undilah PAKATAN RAKYAT !

Seronok makcik ni menerima kunjungan kami ... ingatannya sudah ingat-ingat lupa .
Seronok makcik ni dapat diperiksa kesihatannya oleh doktor yang kami bawa. Walaupun sekejap kami sudah dapat melihat corak pemikiran dan pola pengundian pengundi-pengundi di Saluran 1 ini. Kalau sudah tahu tapi duduk diam sahaja tidak ada maknanya juga. Jadi kami aturkan "STRATEGI" terbaik untuk memecahkan tradisi ini demi menjana kemenangan wakil kami di PRK DUN Merlimau ini nanti.

JOM UBAH ! SELAMATKAN MALAYSIA !

Tiada ulasan: