SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

01 Februari, 2011

HARI YANG SURAM ...

Hari ini 1 hb Februari 2011 ...

Diam tak diam sebulan telah kutinggalkan tahun 2011 . Suram sungguh hari ini ... pertamanya suram kerana mentari masih malu-malu untuk menunjukkan diri setelah 2 hari 2 malam hujan turun tak berhenti-henti sehingga ramai yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing kerana air semakin meninggi . Kami sekeluarga turut simpati ....muga tabah menghadapi ujian daripada Ilahi.

Keduanya suram sahaja perniagaan hari ini. Kebiasaannya pada awal bulan macam hari ini tak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus yang datang untuk mendapatkan bekalan masing-masing. Selalunya konsentrasi aku untuk menyiapkan laporan bulanan seringkali terganggu dek kehadiran pelanggan yang ramai. Tapi hari ini .... Aku berjaya menyiapkan laporan ku dan telahpun mengirimkan dengan pos laju ke HQ tanpa perlu tunggu hari esok.

Ketiganya suram kerana penantian ku berakhir kerana lori barang akhirnya tiba ke cawangan mengikut jadual sepertimana lazim . Kegembiraan menerima panggilan daripada pihak cawangan yang memaklumkan lori sudah sampai tersekat kerana barang yang tiada masih lagi tidak sampai .. Ingatkan selepas kenaikan harga barang maka akan penuhlah kembali barang-barangku di kedai ini tapi nampaknya semakin suram ...


Keempatnya suram .... sehinggakini bonus aku yang ciput masih lagi belum masuk dalam akaun. Ramai pulak dah tanya bila nak bayar ? Kenapa ekk ? Takkan depa nak tahan bonus aku sebab vokal sangat ? Cuit-cuit sikit takkan tak boleh ? Bukan "PEJUANG" lah tu kalau macam tu . Ntahlah ...

Adakah esok akan terus SURAM ?

Bilakah kesuraman ini akan pergi ...... biarlah masa yang menentukannya. Pasrah dengan ketentuan yang ada. Muga ada sinar disebaliknya ...

Tiada ulasan: