SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

23 Mac, 2011

HARI INI KU MERASAKANNYA ...

Hari ini 23 hb Mac 2011 ... Aku hari ini benar-benar merasakan detik-detik bersejarah menjadi seorang ABAH. Apataknya hari ini keputusan SPM 2010 telah diumumkan. Anak sulungku hari ini sudah tentu berdebar-debar menunggu detik 10 pagi untuk mengetahui keputusan peperiksaannya . Aku ABAHnya tidak merasakan apa-apa pun ...kawal MACHO la konon sehinggalah lebih kurang jam 12.30 telefon bimbit ku berdering menerima panggilan daripada ALONG. Abah Along dapat ...... tersentuh hati ini bila mendapat perkhabaran gembira daripada anak sulongku tadi. Alhamdulillah dan TAHNIAH ALONG ! Terasa indahnya hidup ini apabila anak sendiri mendapat kejayaan yang cemerlang dengan izin ALLAH. Lantas ku telefon emak dikampung untuk memaklumkan kegembiraan AKU padanya akan kejayaan cucunya. Sebak aku bila memaklumkan akan keputusan itu pada emak. Mungkin ini naluri setiap manusia ..nampak gagah diluar tapi hati didalam mudah tersentuh. Sujudku Zohor tadi pun lebih panjang dari biasa untuk melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat ILLAHI diatas keizinanNya memberikan anak sulongku lulus dengan cemerlang hasil usahanya sendiri. Munajatku moga kejayaan ini tidak melekakannya malah menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih cemerlang untuk menjadi seorang anak yang soleh , menjadi insan yang berguna pada agama , bangsa dan tanahair serta menjadi contoh tauladan kepada khususnya adik beradiknya yang lain dan yang lebih manis turut menjadi contoh tauladan kepada sesiapa jua yang menyimpan cita-cita dan kejayaan yang serupa. TAHNIAH sekali lagi ALONG. Abah bangga dengan kejayaanmu ...

3 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

SUBHANALLAH,JUMPAPUN PAGI TADI TAPI ...MASAYALLAH APA2 PUN TAHNIAH BUAT EN HALIM SEKELUARGA TERUTAMA KPD ALONG YG DPT MEMBANGGAKAN MAK DAN AYAH

Abd Halim Said berkata...

Maaflah bila di kedai tu dah tak ingat nak cerita pasal keluarga ~ soal niaga dan situasi polotik semasa aje .

asiah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.