SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

21 Mac, 2011

PUSAT JUALAN ISTERIKU DALAM KENANGAN

Bermula pada tahun 1996 sebagai Agen Stok berstatus Stokis disebuah premis yang terletak jauh kedalam Taman Seri Duyong Seksyen 2 . Setelah mengharungi detik suka duka , cubaan dan rintangan. Trauma di curi dan dirompak . Bersusah payah mengusung produk dari cawangan yang terletaknya 40 km nun di Alor Gajah demi suatu perjuangan untuk memartabatkan produk bumiputera Islam sehingga berkembang menjadi Pusat Jualan dan berpindah ke lokasi baru walaupun kecil molek tapi lebih strategik penampilan lokasinya sehingga di nobatkan sebagai salah satu daripada 5 Pusat Jualan Terbaik seluruh negara dalam acara gilang gemilang KONVEK 2010 tapi akhirnya ..... Takdir telah menentukannya. Setelah bertahan hampir 3 bulan maka nampaknya krisis ketiadaan produk nampaknya masih tidak kelihatan akan jalan penyelesainnya. Maka dengan rasa berat hati maka operasi Pusat Jualan Isteriku terpaksa dihentikan operasinya kerana sumber yang ada sudah tidak dapat menampung kos operasi memandangkan jualan semakin merosot bukan kerana tiada permintaan tetapi pembekalan tidak dapat ditunaikan oleh masalah kekurangan produk utama dipasaran. Kenaikan harga yang mendadak dan tidak cukup bekalan merupakan suatu cabaran yang cukup besar sehingga ramai pelanggan yang patah hati dan kecewa dengan situasi yang terus berlarutan hingga kini. Memandangkan tiada apa lagi yang boleh dipertaruhkan maka berkuatkuasa mulai 1 hb Mac 2011 maka operasi Pusat Jualan HPA isteriku di Permatang Duyong ditamatkan operasinya. Kepada semua pelanggan dan ahli dibawah rangkaian kami , sepuluh jari kami susun memohon ampun dan maaf sekiranya penutupan ini memberikan kesulitan kepada ANDA semua untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan. Apakan daya kami .... Berat Mata Memandang , Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Kini isteriku bergerak secara Mobile untuk memastikan pelanggan-pelanggan dan ahli kami yang masih memerlukan khidmat kami mendapat produk yang diperlukan. Sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi atau menghantar sms ke talian 013-8518519 dan kami akan usahakan produk yang diperlukan dan menghantarnya seberapa segera yang boleh. Ini alternatif yang dapat kami sediakan buat masa ini demi memastikan perjuangan ini dapat diteruskan.Kenangan terindah untuk suatu perjuangan ....

Tiada ulasan: