Kelab Sahabat Siti Khadijah - Gabungan Unik Perniagaan Produk Halal & Toyyib , Pusat Pra Pendidikan Anak-Anak Syurga , Pencetus kesedaran Insan tentang kelebihan menyimpan EMAS untuk masa depan
SEROMPONG ENTERPRISE
20 Oktober, 2013
BISNES = JIHAD FISABILILLAH
“Mustahil capai transformasi ekonomi menuju ke tahap negara maju tanpa kejayaan bisnes milik Melayu dan umat Islam warga majoriti Malaysia.” Itulah antara inti pati mesej ceramah saya di Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran bersama Radio IKIM-FM dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) minggu lalu di Kompleks IKIM, Kuala Lumpur.
Konvensyen dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM yang turut menyampaikan ucaptama. Dewan Konvensyen dipenuhi lebih 300 peniaga dan ahli bisnes sehingga ada yang terpaksa ditempatkan di ruang lain, mengikuti acara menerusi saluran video. Majoriti peserta terdiri daripada pendengar dan pengikut setia program mingguan “Inspirasi Usahawan” siaran Radio IKIM-FM setiap Selasa jam 3 petang.
Mustahil perkasa jika bisnes nafsi-nafsi
Dalam kata lain, warga bisnes Melayu-Muslim berperanan kritikal dalam usaha memperkasa ekonomi: “Dalam memperjuangkan ekonomi, ahli bisnes berperanan lebih penting daripada politik, kerana di bawah sistem pacuan bisnes kuasa politik dan dasar kerajaan semata-mata tidak berupaya memperkasa ekonomi Melayu." Saya juga tegaskan: Mustahil ekonomi Melayu, Bumiputera dan umat Islam diperkasa selagi bisnes tidak dijadikan “sembilan per sepuluh” sumber rezeki dan ahli bisnes Melayu tidak membudayakan jaringan persepakatan bisnes.
Paling penting, usahawan dan peniaga Melayu-Muslim tidak bertindak nafsi-nafsi, iaitu menjayakan bisnes sendirian dengan “menjaga periuk nasi masing-masing” tanpa berpadu tenaga dan berkongsi sumber, bersepakat bertindak atas dasar kerjasama dan bermuafakat. Tanpa muafakat bisnes Melayu sangat lemah daya saing, mudah ditewaskan dan pada jangka panjangnya payah dikembangkan secara tersusun dan berorganisasi bersaing di tahap tinggi.
Saya juga anjurkan ahli bisnes Melayu meneladani gaya bisnes Cina yang sangat mengutamakan persepakatan dan kerjasama, iaitu menerusi jaringan kongsi (guang-xi) dan persatuan bisnes serta pertubuhan suku-kaum. Kongsi dan persatuan Cina mendukung usaha sampai berjaya ke tahap tinggi. Ini dapat mereka jayakan sekali pun tanpa sokongan dasar kerajaan khusus (seumpama Dasar Ekonomi Baru - DEB) memihak kepada mereka.
Anjuran ini bukan bertujuan Melayu menciplak sepenuhnya budaya Cina berniaga - sesuatu yang mustahil dilakukan kerana Melayu bukannya Cina. Apa pun, semangat kerjasama dan “ukhuwah bisnes” antara Melayu wajib dipupuk mengikut acuan nilai hidup Islam dengan menggunakan institusi ijtimaai dan membudayakannya dalam kalangan umat Islam.
Jauhi bisnes nafsu-nafsi
Satu lagi sumber motivasi hebat bagi usahawan dan ahli bisnes Muslim (seperti diamalkan di Johor Corporation selama lebih dua dekad sebelum ini hingga berjaya merangsang barisan intrapreneur, atau “entrepreneur amanah” membina nilai korporat JCorp melebihi RM18 bilion), ialah menjadikan bisnes satu perjuangan bertaraf jihad, iaitu “Jihad Bisnes”. Sesungguhnya “jihad’ satu sumber motivasi kurniaan Islam sangat hebat lagi memperkasa.
Jihad Bisnes menuntut usahawan dan ahli bisnes gagah dan gigih berusaha mengatasi segala halangan dan rintangan, termasuk kegagalan dan ketewasan dalam bisnes dengan semangat juang paling tinggi tanpa mengenal kalah. Paling utama, Jihad Bisnes mewajibkan segala usaha bisnes dikendalikan dengan memenuhi semua tuntutan menyempurnakan bisnes sebagai ibadah dan amalan soleh, amar makruf dan nahi mungkar, selain menjauhi rakus dan serakah.
Sesungguhnya kerjaya bisnes satu ibadah jika diniatkan dan diusahakan untuk mendapat rezeki halal menyara hidup mengelakkan diri dan keluarga daripada kemiskinan dan meminta-minta. Bisnes juga antara sunnah dan kerjaya paling baik untuk setiap Muslim yang ingin bebas berdikari, menjauhkan hidup bergantung rezeki selain daripada ALLAH SWT. Namun, prasyarat utama ialah mengetepikan kaedah bisnes mengikut hawa nafsu tanpa sempadan.
Lebih dari itu, bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia belum berjaya menyempurnakan Jihad Bisnes selagi belum mencapai satu lagi tuntutan Islam di bidang ekonomi: iaitu tidak membiarkan harta kekayaan berputar hanya dalam kalangan orang kaya.
Keadilan ekonomi boleh dicapai hanya setelah Melayu dan umat Islam berjaya menegakkan amanah yang diserahkan kepada manusia sebagai khalifah. Antara kewajipan ialah membina keupayaan ekonomi menghimpun harta kekayaan bertujuan memperbaiki kerosakan terhadap kehidupan di dunia hasil perbuatan tangan manusia rakus mengejar hawa nafsu.
Sesungguhnya memerangi kemiskinan dan kezaliman ekonomi menerusi bisnes bertujuan menegakkan keadilan satu usaha bertaraf jihad yang dituntut oleh Islam. Di peringkat tinggi pula, ahli bisnes Melayu-Muslim dituntut berjihad bisnes secara tersusun dan berorganisasi, menepati kriteria “bunyanun marsus” seperti dinyatakan al-Quran. (Surah As-Saf, 61:4).
Bisnes fi sabilillah
Selepas selesai konvensyen, saya berkesempatan membaca buku berjudul “Islamic Economics - A short history” (Ekonomi Islam - Satu Sejarah Ringkas, buku setebal 450 muka) karya bersama Ahmed El-Ashker dan Rodney Wilson (2006). Paling menarik perhatian saya ialah pandangan ulama bernama Al-Shaibani (132-189H) mengenai ekonomi menerusi penulisannya “Kitab Al-Iktisab” atau “Kitab perkiraan pendapatan” yang dihuraikan dalam buku tersebut.
Al-Shaibani membahagikan penggunaan ekonomi (consumption) menurut Islam kepada 3 bahagian: Pertama, tahap asas iaitu bertujuan memenuhi keperluan asas hidup (subsistence or necessities). Kedua tahap kesederhanaan hidup atau “ma’ruf” (moderation); dan ketiga, tahap mewah atau extravagance.
Pada tahap asas, Al-Shaibani menegaskan berusaha satu kewajipan bertaraf ibadah, iaitu, jika tidak disempurnakan untuk menyara hidup, adalah berdosa. Kata beliau: “Dosanya lebih besar jika penggunaan asas terpaksa dikurangkan kerana malas berusaha. Sebaliknya usaha gigih sehingga dapat menambahkan kepenggunaan asas membawa lebih besar ganjaran pahalanya.”
Tahap kedua ialah berusaha menyara hidup sederhana bukan bertujuan mengejar kemewahan, namun jangan sampai bakhil atau kedekut berbelanja. Pada Al-Shaibani, usaha untuk hidup sederhana tidak mengakibatkan dosa dengan syarat kesederhanaan bukan sengaja dicari, iaitu terdapat sebab munasabah di sisi Islam, misalnya kerana menumpukan tenaga dan usia menghimpun ilmu pengetahuan atau mengerjakan amalan fi sabilillah.
Al-Shaibani berpendapat usaha menuju tahap ketiga iaitu memburu kemewahan tidak disenangi, malahan dilarang oleh Islam. Namun, beliau menegaskan ini bukan bermakna seorang Muslim tidak harus bekerja keras menjana pendapatan melebihi tahap hidup sederhana. Dalam apa hal sekali pun, seorang Muslim mesti bekerja keras dengan syarat pendapatan diperoleh tidak dibelanja untuk bermewah-mewah; kerana kata beliau, seperti disebut dalam al-Quran: “membazir bermewahan seumpama bersahabat dengan syaitan”.
Paling menarik perhatian ialah anjuran Al-Shaibani supaya setiap Muslim bekerja keras menuju ke tahap hidup mewah kerana “pendapatan lebih tinggi boleh ditujukan membantu orang lain, untuk diwarisi pewaris bergantung hidup padanya (supaya tidak meminta-minta), membekalkan modal untuk perusahaan, membiayai aktiviti fi sabilillah, dan seumpamanya.”
Kesimpulannya, bagi Al-Shaibani, menghimpun harta kekayaan menerusi usaha ekonomi, (termasuk urusan “bisnes” dalam istilah hari ini) satu ibadah, juga boleh dijadikan usaha menuju ke jalan fi sabilillah.
Pada saya, prinsip ekonomi anjuran Al-Shaibani selari dengan pendirian ulama kontemporari, Dr Yusof Al-Qaradhawi mengenai “zuhud” terhadap harta kekayaan.
Dalam ceramah di Konvensyen Inspirasi Usahawan, saya petik kenyataan Al-Qaradhawi daripada bukunya bertajuk “Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya”: “Hadis-hadis yang memuji tentang zuhud (menjauhkan diri daripada kehidupan dunia) sama sekali tidak bermaksud memuji kemiskinan. Sebab usaha berzuhud itu sendiri menuntut seseorang untuk memiliki kemewahan dunia dan meninggalkannya.”
Dr Yusof Al Qaradhawi menambah: “Orang yang benar-benar berzuhud ialah orang yang memiliki dunia tetapi ia meletakkan dunia itu di dalam genggaman tangannya, bukan dalam hatinya.”
* Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
16 Ogos, 2013
SOLIDARITI JIHAD !!
REBAH TAK BERERTI MENGALAH
Nahdah dan Raba'ah,
Terhampar di kota Kairo
dua dataran perjuangan
medan berhimpun para mujahidin
pemuda dan wanita
bocah kecil, juga ibu-ibu dan para bapa
pencinta kebenaran
penegak keadilan
penyeru kebangkitan
pemburu kemenangan
perindu kesyahidan.
Mereka,
menunggu dan tetap menunggu
menanti dan terus menanti
sedari mula kudeta tentera
yang merampas posisi Morsi
mengangkat Assisi
meruntuhkan suara demokrasi
Ikrar mereka laungkan,
"Hidup mulia atau syahid menuju syurga!"
Nahdah dan Raba'ah,
Sudah sepekan Syawal dirai di sini
Namun, suka seketika beralih duka derita
Kekejaman merasuk segenap kota perjuangan ini
Kezaliman meranapkan medan kebangkitan ini
Tanpa rasa kasihan belas insani
Siapa sahaja menjadi mangsa
Ditembak, dibunuh dan dibakar
Masjid dan rumah sakit juga
musnah hancur berderai menjadi puing-puing
menebarkan abu, menimbunkan batu
Lalu, warna-warna panjinya berubah:
Merahnya darah
Putihnya kafan
Hitamnya arang.
Apakah ini harga sebuah keadilan dan kebebasan
yang dikhianati sendiri oleh penyembah tuhan demokrasi?
Nahdah dan Raba'ah,
Di sini rebahnya ribuan syuhada
Darah yang mengalir menjanjikan syurga
Sungguh!
Walau rebah, takkan goyah
Perjuangan suci tidak akan terhenti
Tidak akan pernah mengalah
Syahadah demi menegakkan syari'ah Allah
menenggelam kesesatan syiah dan golongan kuffar
membenamkan parah liberal dan barah sekular
moga tiada tersisa lagi, walau seinci.
A Gafar Mahdi
Aktivis PEMBINA
16 Ogos 2013 | 12.00 am
Balingian, Sarawak
09 Julai, 2013
KISAH AKU DAN KURMA - BHG AKHIR(HARAP-HARAP)
Harap harap ini betul betul episod yang terakhir ...apa orang kata , ah lantaklah apa orang nak kata. Yang penting HAK AKU dikembalikan , jika tidak Lu Pikir Le Sendiri ..
Hadir emel ini sebagai jawapan AKU JANJI
Kami akan memeriksa dengan syarikat pengangkutan dan akan memulangkan wang untuk barangan yang tidak diterima oleh tuan.
Regards.
Dato’ Yusuf Taiyoob
Esok dah nak puasa ....muga KISAH ini menjadi pengalaman dan pelajaran yang berguna untuk AKU melalui Madrashah RAMADAN pada tahun ini.
Aminnn
Maaf jika ada yang terguris atau tersinggung. Tujuan berkongsi kisah ini bukan dengan niat untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak tapi sebagai satu catatan sejarah masam manis kehidupan yang ditempuh sebagai seorang insan yang bergelar "bisnesmen". Yang baik dijadikan tauladan yang tak baik buang saja didalam longkang .
Salam Ramadhan Kareemm buat semua.
KISAH AKU DAN KURMA - BHG 12
Sedang AKU menikmati keenakan makan tengahari yang disediakan oleh ISTERI Tersayang tiba tiba handsetku berdering ....Encik saya sudah sampai kat Balai Polis Bemban nie , kedai encik kat mana ? Tak mahu panjang cerita aku cakap sama itu driver ..U tunggu saya saya pergi jemput , lantas cuci tangan , selera makan dah terbantut lalu memecut laju mengambil lori untuk dibawa kekedai ... perut tengah senak kena pulak turunkan kotak kotak kurma tu nak buat macamana ...nak dibiarkan tak sampai hati pulak ...dah habis turun ada lagi episod yang boleh dijadikan cerita yang sepatutnya berakhir terpaksa disambung semula .....1 karton kurma hilang entah kemana ? Hati yang sejuk kembali menggelegak ...cepat cepat hantar fax dan emel kepada pada siapa lagi kalau bukan orang kuat syarikat kurma ternama ini ...
Inilah emelnya ...
Pesanan kurma kami telah sampai lebih kurang jam 2 petang tadi. Namun dukacita dimaklumkan bahawa 1 carton Jewel Date 10 kg telah tidak sampai. Bila ditanya dengan pemandu tersebut macamana boleh berlaku ? Dia menjawab mungkin sudah tersalah turun , mungkin naik tidak cukup , mungkin juga kurma tersebut telah terjatuh dalam lori dan dihempap oleh kotak-kotak lain . Nanti kalau ada encik boleh ambil kat pejabat kami di Batu Berendam . Senyum tak kata apa-apa .... walau macamana pun DO 107096 telah kami fax ke pejabat untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan. Pihak kami sedang menunggu maklumbalas selanjutnya..
Serompong Enterprise
JB 7356 Jalan TBU 1
Taman Bemban Utama
77200 Bemban
Jasin Melaka
KISAH AKU DAN KURMA - BHG 11
Hari Isnin yang ceria ...kurma masih tidak sampai , dapat pulak emel drp Dato yang memberikan nasihatnya sekali lagi ... Nak kata apa ucap terima kasih ajelah ...baca dan seperti biasa ...jawap tetap jawap
From: Yusuf Taiyoob Sdn.Bhd.
To: 'Abd Halim Said'
Cc: 'Abdul Rahim Taiyoob'
Sent: Monday, 8 July 2013 12:38 PM
Subject: RE: PESANAN KURMA
Untuk mengelakkan perkara saperti ini berlaku pada masa hadapan, sila berurus terus dengan cawangan Cash & Carry kami diKota Damansara, KL dimana tuan boleh pilih stok yang dikehendaki dan terus beli dan angkut sendiri.
Salam.
Dato’ Yusuf Taiyoob
Ini emel balasan sebagai penghargaan daripada AKU ...
Terima kasih atas nasihat yang sangat baik ,kami amat hargai . kalau alamat penghantaran pun salah nak salahkan siapa lagi .
muga syarikat tuan terus maju hendaknya.
Serompong Enterprise
JB 7356 Jalan TBU 1
Taman Bemban Utama
77200 Bemban
Jasin Melaka
Lori dah sampai di Jasin tapi alamatnya salah ...kedai lama aku bila aku cakap kat Bemban dia bagi alasan AKU bukan orang sini mana aku tahu , takpelah AKU hantar Pekan Jasin dulu ...tahu pulakk??
KISAH AKU DAN KURMA - BHG 10
Selesai dengan syarikat pembekal ...Ingatkan dapatlah kurma yang ditempah hari ini tapi tunggu punya tunggu bukan lori yang sampai tapi panggilan HANGIT yang sampai. Terpaksa juga hantar pada syarikat hebat ni sekali lagi mengadu HAL ...
Beginilah nasib badan . Kini dipermainkan pula oleh syarikat pengangkutan . Tadi kata akan sampai pukul 5 petang tapi sekejap tadi terima panggilan mereka akan sampai pada pukul 7 kalau tak sanggup tunggu kena tunggu pula hari Isnin.Kalau nak cepat datang ambik sendiri di pejabat kami di Batu Beemdam . Bersabar ...
Serompong Enterprise
JB 7356 Jalan TBU 1
Taman Bemban Utama
77200 Bemban
Jasin Melaka
KISAH AKU DAN KURMA - BHG 9
Nampaknya ada pelakun tambahan yang masuk dan memberikan sebuah nasihat yang baik memandangkan beliau adalah seorang usahawan yang telah berjaya membangunkan satu perniagaan yang hebat ....
From: Yusuf Taiyoob Sdn.Bhd.
To: 'Abd Halim Said'
Cc: 'Abdul Rahim Taiyoob'
Sent: Saturday, 6 July 2013 12:25 PM
Subject: RE: PESANAN KURMA
Sedikit nasihat daripada kami untuk masa depan, sila buat tempahan awal dan bukan pada saat saat yang akhir untuk menentukan barangan sampai pada masa masa yang perlu.
Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang bersabar dan merancang dengan betul.
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Salam.
Dato’ Yusuf Taiyoob
Orang bagi nasihat yang baik kita terima tapi jawap tetap jawap
Terima kasih atas nasihat tapi kami telah dapatkan komitment daripada syarikat tuan bahawa stok ada tapi apabila bayaran telah dibuat lain pula ceritanya. Kalau tak berupaya janganlah bagi komitmen kepada kami , apabila terjadi begini nak salahkan kami pulak sedangkan kami membayar atas apa yang perlukan. Mungkin jumlah bayaran daripada kami usahawan kecil ini sebanyak mana dimata syarikat tuan.
Serompong Enterprise
JB 7356 Jalan TBU 1
Taman Bemban Utama
77200 Bemban
Jasin Melaka
Langgan:
Catatan (Atom)