SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Februari, 2009

JEM ROSELLE

Tahukah anda bahawa JEM ROSELLE HPA sudah berada di pasaran ?? Alhamdulillah kerana saya dan keluarga antara yang bertuah kerana menjadi antara yang pertama berjaya memiliki dan merasai keenakan dan kelazatan jem yang bukan sekadar makanan tapi juga menjadi penawar kepada penyakit Insyallah. Jadi ANDA bagaimana ?? Dapatkannya segera tapi harap dapatlah bersabar kerana stok yang terhad.


Dimaklumkan setiap cawangan hanya dapat peruntukan 1 kotak yang mengandungi 12 botol jem roselle. Di cawangan Tangkak kami dapat 7 botol dan dari cawangan Semabok alhamdulillah dapat 1 botol. Promosi pada ahli yang hadir pada hari tersebut alhamdulillah majoritinya teruja untuk jadi orang pertama merasainya. Nak jadi cerita buat keluarga kami , 1 botol yang kami buka habis tak sampai 1 hari dikerjakan anak beranak. Entah berapa bantal roti habis , sampai pada malam itu , anak kami yang ke 6 bawa depan tv botol jem tu nak sapu dengan roti tapi malangnya roti dah habis. Tak sampai hati , si abah ni terpaksa juga keluar pada malam tu walaupun jam sudah menunjukan jam 10.30 malam untuk cari roti. Alhamdulillah masih ada kedai yang buka dapatlah beli 2 bantal roti. Dah dapat roti lain pula jadinya , roti belum habis jem dah habis dulu. Apa taknya , masing-masing sapu bagai nak rak sebab kelazatan rasa Roselle yang dicampur dengan Madu cukup berbeza dengan jem-jem lain yang sewaktu dengannya seperti strawberry yang agak masam.Hai terliur nampak ...siapa yang nak rasa bolehlah dapatkannya segera kerana waktu catatan ini dibuat masih ada 2 botol lagi yang belum terjual.Siapa cepat dia dapat le...Harap-harap tu pihak HPA akan tambah pengeluaran dan hantar stok ke cawangan-cawangan segera. Jangan jadi macam jem nenas dah le , sampai sekarang tak kunjung tiba.

2 ulasan:

இ محمد فريد இ berkata...

saya dah cuba-try-test jem ni... memang best...!!! kalah jem2 kat luar sana, lebih asli & power... yg belum cuba cepat2 dapatkan nya... insALLAH tak menyesal...
"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

ROSELLE berkata...

salam....pihak FAMA ada mengeluarkan jem roselle sejak tahun 1990-an lagi...sebotol hanya RM 3.00. Layarilah www.fama.gov.my...tq