SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

11 Mei, 2009

KELAS MINGGUAN BERJAYA ??

Pelbagai persoalan berlegar di kepala ini bila membuat keputusan untuk memulakan kelas mingguan di Pusat Agensi Jasin . Ada ke ahli yang nak datang ? Berapa ramai ? Apa yang dibincangkan ? Siapa yang nak bagi kuliah ? Selesa ke dewan yang disediakan ?
Akhirnya .... Alhamdulillah pada saat dan ketika yang ditunggu kelas pertama telah berjaya diadakan dengan lancar. Kehadiran seramai 10 orang ahli merupakan satu titik permulaan yang cukup baik .




Perbincangan secara terbuka juga telah dibuat dengan mereka yang hadir bagaimana cara untuk menghidupkan kelas mingguan disini.Hasrat untuk menubuhkan komiti sendiri telah disokong oleh semua dan insyallah masing-masing akan mempromosikan kelas mingguan ini agar lebih ramai yang akan hadir bagi membolehkan pembentukan komiti pusat agensi dapat dilakukan dengan segera bagi membolehkan aktiviti di Pusat Agensi ini dapat dimantapkan lagi dimasa-masa akan datang.Insyallah ... jumpa lagi di waktu dan hari yang sama minggu depan.

Tiada ulasan: