SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

14 Oktober, 2009

KEJUTAN UNTUK "ABAH"

Semalam .....seusai sahaja selesai bertugas di Pusat Agensiku lebih kurang jam 9.30 malam , selepas sahaja menyelesaikan urusan yang patut maka kembalilah aku kerumah macam biasa. Setibanya dirumah ...aku disambut oleh anak-anak dengan gembira sekali. Mereka tak sabar-sabar menyuruh AKU ke dapur. Menuruti sahaja kehendak anak-anak , rupa-rupanya ada KEJUTAN untuk ABAHnya pada malam tu. Sejurus itu kedengaranlah ucapan Selamat Hari Jadi ABAH dari anak-anakku . Hiba dan sebak dibuatnya diatas usaha dan penghargaan yang diberikan bagi meraikan hari ulangtahun kelahiran ABAH mereka. Mereka adik beradik telah berpakat untuk meraikan hari istimewa ABAH mereka dengan berusaha membuat sebuah kek mereka sendiri. Walaupun tidak setanding dengan kek yang boleh dibeli di kedai-kedai kek tapi nilainya cukup istimewa bagi seorang ABAH yang tidak mengharap-harap sesuatu yang istimewa dari anak-anaknya. Cukup sekadar ucapan dan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah. Istimewanya kek yang mereka usahakan ini adalah selain daripada usaha daripada tangan-tangan mereka , ianya juga telah dimasukan AIS KRIM TOYYIBAH JAGUNG didalamnya menjadikannya Kek Ais Krim Toyyibah yang insyallah setakat ini tidak ada lagi dijual dimana-mana Kedai Kek di dunia ini. Syukur alhamdulillah kerana anak-anakku juga telah memahami erti perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh ABAHnya untuk mempromosikan produk-produk halal keluaran HPA. Terasa sungguh istimewanya menjadi seorang ABAH pada malam tadi . Mudah-mudahan semangat perjuangan ini akan terus subur dan marak sampai bila-bila .... Terima kasih anak-anakku. Terima kasih isteriku yang tercinta kerana mendidik anak-anak kita mencintai ABAH dan mencintai perjuangan ini. Muga malam istimewa ini akan menjadi titik tolak kepada kita semua untuk terus istiqamah dalam perjuangan yang masih belum selesai ini .....aminnnnnn





Inilah Kek Ais Krim Toyyibah Jagung yang telah dicipta oleh anak-anakku dan isteriku untuk meraikan hari Istimewa ABAH




Si ABAH sedang memotong kek ais krim toyyibah dengan diperhatikan oleh sikecil yang sudah tidak sabar untuk menikamti keenakan dan kelazatan kek buatan mereka.



Masing-masing sudah tak sabar ...


Potongan pertama ....pastinya untuk ISTERI yang tercinta


Potongan yang kedua , ketiga dan seterusnya ...


Dah hampir separuh diagih-agihkan ....


Milik siapakah potongan yang ini .....pastinya untuk yang teristimewa
ABAH


Wah ! Enak sungguh kek ais krim toyyibah ni ...nampak macam tak selera je tapi bila dimakan ...ohhh sedap sekali .

Tak cukup sepotong , cebisan pun habis licin dibalun. Tak mahu membazir dan menghargai setiap usaha yang dibuat oleh anak-anak.

Si bongsu ku pun tak mahu lepaskan peluang. Sabar menanti bahagiannya untuk disuapkan ....

Haaahkan ...dah tersenyum apabila sudah dapat merasakan keenakan kek ais krim toyyibbah jagung.


Lihatlah dunia ...enaknya kek ais krim kami ...nak cuba rasa .

Si Along tersenyum puas menikmati keenakan kek ais krim toyyibah pertama didunia ....He he

Ini sahaja yang tinggal ...mudah-mudahan semuanya SELAMAT di dunia dan diakhirat . Aminnn Aminnn Ya Rabbalalamin. Sesungguhnya KEJUTAN yang cukup ISTIMEWA !!

2 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

rasanya belum terlambat lagi... selamat hari jadi... banyakan selawat

Abd Halim Said berkata...

Terima kasih daun keladi. Tahun depan ucap lagi yeee