Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Kelab Sahabat Siti Khadijah kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pihak pihak yang terlibat diatas kejayaan membuka RFC pertama Zon Selatan di Kluang.
Muga kejayaan membuka RFC pertama di Zon Selatan ini akan menjadi pemangkin dan pendorong kepada semua ahli untuk terus berjuang mempromosikan produk-produk halal keluaran HPA Industries Sdn Bhd.
Dikejauhan ini sempat tangan ini mengirimkan sms TAHNIAH kepada Pengarah Urusan HPA dengan ucapan ringkas yang berbunyi ....
"Salam ..Tahniah atas pembukaan rasmi RFC Kluang hari ini dari kami ajk kelab sahabat siti khadijah . Harap masalah ketiadaan produk yang hingga kini masih tidak selesai tidak dilupakan begitu sahaja. Maaf kerana tak dapat bersama menyaksikan bersama peristiwa yang bersejarah ini " 24 Okt 2009 12.58pm
Sedang menikmati makan tengahari tiba-tiba satu sms masuk dan apa dilihat ianya adalah balasan daripada Pangarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad yang berbunyi ....
" Produk akan disegerakan." 24 Okt 2009 13.03pm
Muga jawapan ringkas ini akan dikotakan kerana sudah terlalu lama menunggu produk-produk yang yang hingga kini tiada nampak jalan penyelesaiannya sejak sebelum Ramadhan lagi hingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan