SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

01 Oktober, 2009

RUMAH TERBUKA PU DI ZON SELATAN

Alhamdulillah , pada 26 hb September 2009 bersamaan 7 Syawal 1430 H kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Pengarah Urusan HPA bagi Zon Selatan. Bersyukur kerana kami sempat sampai kemajlis tersebut lebih kurang 10 minit daripada tamatnya majlis tersebut. Almaklumlah banyak komitmen kerana banyak majlis yang serupa diadakan pada hari tersebut. Bercelaru juga untuk buat keputusan dan alhamdulillah hati digerakkan untuk memilih untuk ke Kluang pada hari tersebut. Memandangkan masa kami sampai tu dah masa kecederaan jadi faham-faham ajelah ... baik dari segi tetamu yang ada dan jamuan yang ada. Apa-apa pun itu tidak penting ....yang paling penting ialah dapat meraikan jemputan PU kerumah terbuka beliau di sebuah kampung yang masih dimiliki oleh orang Melayu sampai bila-bila selagi namanya tidak ditukar iaitu di Kampung Melayu Kluang. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan dimasa-masa kecederaaan ini ....zassssssssssssssss.

Makan lemang + kuah kacang + ayam ?? masak merah + lodeh kering + cola radix ... sopan jeee. Nak tambah boleh tapi ... faham-faham aje leee

Mentang-mentang lee bekalan cola tak mencukupi sebelum raya tempohari , lepas geram nampak...bedal air cola semacam jeeee.


Percaya tak ? Rezeki orang datang lambat ..He he










Antara pengunjung yang tertinggal keretapi ...He he. Makan tak berteman takpe asalkan berlauk ....




Tambahlah lagi ....jangan malu-malu . Hari ini PU belanja ...







Teman seperjuangan HPA dari Rengit bersama keluarga dengan pakaian sedondonnya . Tahniah !









Tetamu jauh ...datang dari Bahau untuk bersama dengan PU HPA di hari yang mulia ini ...


PJS Nasimah sedang melayan anak-anak menghabiskan juadah hari raya ...


Masih ada berbaki .....??

Dah habis tetamu ....bunga orkid pun jadi glamor di hari yang mulia ini.

Masih bertahan ...duit raya belum diagihkan agaknya ??














Macam dah kenyang je ...?














PU HPA sedang melayan tetamu diruang tamu ...tak sempat nak mencelah ..






























Se kecilku sempat merasa kerepek raya kat dalam rumah .















Pegawai yang bertungkus lumus awal hingga ke akhir. Tunjuk jalan pulang ke tu ...? Apa-apapun sekalung TAHNIAH atas kejayaan penganjuran majlis rumah terbuka pada kali ini.
Sekian adanya . Salam lebaran minalaidil walfaizin maaf zahir batin.

Tiada ulasan: