Gambar-gambar ini dirakamkan pada sesi persekolahan pagi tadi , secara tidak sengaja tersentuh hati melihat anak-anak Pasti Sahabat Siti Khadijah sedang bersila manis menikmati minuman pagi dalam keadaan yang cukup sopan dan teratur. Lantas terus turun semula mengambil kamera untuk dirakam detik-detik ini untuk dikongsikan dengan semua .Terdetik dalam hati ....inilah pewaris generasi ibu dan ayah mereka pada masa hadapan. Lenturan daripada rebunglah yang akan menentukan samada harapan ibu ayah , agama , bangsa dan negara dapat dipikul oleh mereka selaku pewaris masa depan didalam keadaan dunia yang semakin gawat ini dengan pelbagai masalah yang semakin kronik. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana ditemukan dengan detik-detik ini yang kalau tidak disebabkan oleh seorang anak Pasti yang meragam pagi tadi kemungkinan besar saya tidak akan dapat merakamkan detik-detik indah ini ... Jom kita saksikan gambar-gambar yang dapat dirakamkan oleh lensa saya ini.
Puteri-puteri PASTI bersila manis sambil menikmati minuman pagi yang disediakan. Alangkah indahnya ....jika kita melahirkan pewaris generasi mengikut acuan ISLAM sebagai satu cara hidup yang lengkap.
Putera-putera PASTI juga tidak menghampakan. Walaupun agar agresif penampilan tapi insyallah hati-hati mereka akan dibentuk mengikut acuan yang benar. Antara menu yang tidak ditinggalkan setiap hari adalah 5 biji Kismis Minda bagi memastikan hati dan minda anak-anak ini akan mudah menerima apa jua ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru mereka. Nampak tak kismis minda HPA yang diletak ditengah-tengah tray mereka itu ..
Puteri dan Putera PASTI Pakistan turut sama walaupun ada sedikit masalah dari segi bahasa komunikasi sesama mereka. Tapi setakat ini ... Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Disebalik pintu ....sedang menikmati minuman Koko Radix .
Sempat bergurau senda dengan rakan-rakan sambil menikmati hidangan...
Masa untuk belajar semula ....yahooooo. Cukup harmoni .
Masing-masing mempunyai kreativiti yang tersendiri ...
Asyik mengasah kreativiti dan bakat masing-masing. Dari seketul tanah liat yang tidak ada makna boleh dijadikan bahan pembelajaran kepada mereka.
Asyik sungguh ...yang lain sempat berposing bila tahu aksi mereka sedang dirakamkan.
Si Putera terus leka dengan bahan-bahan mainan mereka ..
Yang ini sempat menjeling ..
Satu pakatan yang cukup baik ....alhamdulillah.
Semuga pakatan yang baik ini akan dibawa ke alam remaja , dewasa dan ...
Inilah sitembam yang mengizinkan peristiwa ini dapat dirakamkan. Si Fatin yang paginya berguling-guling dilantai sambil menangis mencari ayahnya. Puas dipujuk tapi tidak berhasil hinggalah terkeluar daripada mulut jom pakcik belanja makan aiskrim nak tak ? Terus berhenti menangis dan turun kebawah. Setelah dijamu dengan Aiskrim Toyibbah Vanilla barulah reda sedikit ...sudah henti tangisannya walaupun dimulut masih menyebut nama ayahnya. Dibekalkan juga dengan sebungkus Radix Cookies kemudian baru mesra sedikit dan apabila dipujuk untuk naik keatas barulah bersetuju dan kebetulan sewaktu kami berdua naik , mereka sedang duduk didalam bulatan menikmati hidangan pagi masing-masing.
Mudah-mudahan visi dan misi PASTI untuk melahirkan Generasi Bertakwa akan tercapai . Insyallah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan