SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Januari, 2010

SELAMAT BERHIJRAH ...

Bagi pihak semua AJK Kelab Sahabat Siti Khadijah , Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong , kami ingin mengucapkan SELAMAT BERHIJRAH kepada PENGURUS Cawangan HPA Semabok Perdana , Pn Arbaeyah Mohd Rashid yang bertukar ke Cawangan HPA Kulim mulai 1 hb Februari 2010 . Bagi pihak semua , setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kami tuturkan kepada beliau diatas segala khidmat bakti yang telah beliau curahkan kepada kami semua semasa berurusan di cawangan HPA Semabok Perdana. Hasil daya kepimpinan dan pimpinan beliau telah menyerlahkan penampilan dan keunggulan cawangan Semabok Perdana sebagai salah satu diantara banyak cawangan di Zon Selatan yang terbaik sehingga terpilih sebagai cawangan terbaik di Zon Selatan dan juga di peringkat nasional. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang perkhidmatan beliau di Melaka sekiranya terdapat salah silap yang berlaku samada secara sengaja atau tidak sengaja , mungkin ada yang terguris hati , mungkin ada yang tersinggung , mungkin ada tutur kata yang menikam semasa kami semua berurusan dengan beliau , maka dengan rasa rendah hati kami mohon kemaafan dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Kami semua berdoa muga penghijrahan beliau akan membawa kebaikan kepada beliau demi sebuah perjuangan yang masih belum selesai. Semuag beliau lebih berjaya disana dan dapat membina keluarga yang bahagia disamping suami yang tercinta. Bawalah yang baik-baik , kenangan-kenangan manis ke sana dan tinggalkanlah segala yang buruk dan pahit itu di sini. Selamat berhijrah , selamat maju jaya dan jangan lupakan kami disini...

Tiada ulasan: