Inikah produk yang akan menjadi penyelamat sementara semasa ketiadaanya stok Radix Koko Kg dipasaran ? Berapa lama ia boleh bertahan ? Sanggupkah kita melihat Putera-Puteri PASTI kami yang dijanjikan akan dihidangkan dengan minuman yang bukan setakat berkhasiat tapi diyakini halal lagi barokah , kembali meminum produk yang mendokong perjuangan yahudi laknatullah. Bagaimana pula dengan anak-anak kita dirumah ? Berapa lama lagi stok yang ada boleh bertahan ? Koko Gred apa pun tiada masalah asalkan produk ini dibuat oleh tangan-tangan muslim yang diyakini halal . Tapi kenapa masih ada yang belum faham atau buat-buat tidak faham dalam soal ini ?
Bagaimana pula dengan sabun basuh baju ? Ramai yang mencari-cari bekalan tapi pulang dengan hampa . Kesetiaan mereka seolah-olah dipermainkan. Kenaikan harga dari RM 8 ke RM 10 bukanlah sebab untuk beralih arah kerana diyakini produk yang digunakan bebas daripada bahan-bahan yang tidak sepatutnya digunakan untuk mencuci pakaian jika nak dibandingkan dengan harga produk yang fungsinya sama dipasaran. Apa lagi yang hendak dibuktikan , apa lagi pengorbanan yang hendak dilakukan. Tergamakkah untuk membeli semula produk yang dulunya telah ditinggalkan ? Baju perlu dicuci hari-hari sedangkan tiada sabun basuh alternatif yang diyakini. Bagaimana baju anak-anak yang kembali dari sekolah , dari bermain futsal , pakaian kerja suami yang dipakai hari-hari hendak disucikan kalau tiada produk yang diyakini. Adakah wajar dipekakkan telinga dipejamkan mata , gunakan apa sahaja asal pakaian yang digunakan nampak bersih dan wangi ? Tapi kenapa masih ada yang tidak faham atau buat-buat tidak faham dengan masalah golongan marhain ini ?
Bagaimana pula dengan produk-produk yang lain ? Masih terngiang ditelinga saya perkongsian kisah suka duka salah seorang peserta kursus yang menceritakan antara sebab dia berjuang bersama syarikat adalah kerana penyakit kulit anak beliau telah pulih dengan izin ALLAH SWT setelah dipertemukan dengan sabun ini ? Tapi hingga kini sabun tersebut sudah tidak kelihatan dipasaran sejak September 2009 lagi. Apakah ini sewajarnya berlaku ? Kisah-kisah ini hanya layak menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan. Belum pernah ada ahli yang menyatakan beliau masuk untuk sama-sama berjuang kerana mereka lihat syarikat begitu gah dengan bermacam-macam projek mega dan sebagainya tapi majoritinya bersama dengan syarikat kerana dakwah dan jihad dalam mempromosikan tuntutan Fardu Kifayah ditengah-tengah masyarakat. Bagaimana dengan peminat tegar satay ayam ? nugget ayam ? sosej ayam ?Bagaimana dengan pengamal bijirin kerana masalah kolestrol dan jantung ?Tapi kenapa masih yang tidak faham atau buat-buat tak faham. Apalah masalahnya dengan tidak ada dua tiga kerat produk ini . Kan ada beratus lagi produk yang boleh djual untuk mengejar tawaran istimewa 2010. Inilah pemikiran yang ada dikalangan kita yang diberikan amanah untuk memimpin. Mereka ingat kita persoalkan ketiadaan produk dengan matlamat, mudah untuk menjual produk yang tiada ini untuk mencapai matlamat peribadi semata-mata. Kalau itulah yang diperjuangkan semata-mata , percayalah saya tidak akan bersama-sama dalam perjuangan ini. Kembalilah fokus kepada matlamat asal perjuangan suci ini. Janganlah ditinggalkan sejarah yang dicipta dengan keghairahan untuk mencipta satu sejarah yang baru pula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan