SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

03 Januari, 2011

WARNA - WARNI HARI PERTAMA

ALHAMDULILLAH hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2011 . Jadi selain sibuk uruskan anak-anak ke sekolah setelah berehat sekian lama , AKU sibuk juga menguruskan anak-anak PASTI yang baru nak masuk mendaftar . Alhamdulillah anak-anak aku boleh uruskan diri sendiri jadi pagi tadi pergi hantar saja kesekolah walaupun ada anak sendiri yang masuk darjah satu tahun ini . Nampak bersemangat anak aku yang ke 6 tu pergi ke sekolah hari ini tak payah teman jadi bolehlah ABAH nya uruskan apa yang patut di PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH ...

Pagi-pagi lagi sudah dapat panggilan dari ibubapa pelajar .... encik sekolah belum buka lagi ker ? He he rupa-rupanya ibubapa sejak awal lagi sudah tunggu depan pintu sekolah , mungkin tak dapat cuti agaknya sebab itu kena hantar anak awal dengan harapan dapat diselesaikan awal dan dapat terus melaporkan diri ke pejabat pulak. Buku baru takkan nak dapat warna merah pulak kat pejabat he he. Lantas terus menelefon guru-guru untuk tahu kedudukan masing-masing dan maklumkan situasi di sekolah .

Sampai saja dirumah terus bersiap untuk ambil anak AKU yang ke 8 untuk kubawa ke PASTI. Lepas tu terus ambil anak-anak PASTI di rumah asuhan mereka sebagaimana yang telah diamanahkan oleh ibubapa yang tak dapat menghantar anak-anak mereka sendiri. Alhamdulillah tugasan selesai dan selamat sampai di hadapan PASTI..

Satu demi satu ibubapa sampai dengan anak masing-masing untuk mendaftar ... hinggalah datang seorang nenek bersama cucunya yang memang AKU kenal ... kenapa Pakcik Alim tak ambil Danisya .... rupanya dia menunggu AKU menjemputnya. Ingatkan hari pertama ibu dia yang hantarkan ... apa nak buat , nasib baik tak kena sembur ?

Oklah ... apa-apa pun hari pertama telahpun selesai dan alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan sempurna walaupun ada sedikit kekurangan yang tidak dapat dielak .. Jom kita lihat apa yang sempat dirakamkan oleh lensa warna-warni hari pertama di PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH sesi 2011 .....



Seorang ibu sedang mendaftarkan anaknya ... sementara yang lain menunggu dengan sabar sambil berkenalan sesama ibubapa .


Yang telah mendaftar ... anak-anak sudah mula bergaul dan didedahkan dengan keseronokan bersekolah .

Masing-masing ada daya kreativiti yang tersendiri dan sedia untuk diasah dan diasuh oleh guru-guru.

Leka dengan permainan yang tentunya akan membina minda dan siasah yang sempurna.


Masih lagi mendaftar ...

Ada lagi yang menunggu giliran ...

Terus mengasah daya kreativiti masing-masing ..

Pendaftaran masih lagi dibuka he he ..
Kasih ibu .... berusaha sedaya upaya memujuk anaknya agar seronok ke sekolah.

Dah bermula ... masing-masing sudah mencuba duduk dikerusi dan meja
Hari pertama .... melukis dan mewarnalah ! Bila lagi nak guna pensil warna yang dibeli sejak awal lagi tu ..
Masing-masing menunjukkan bakat-bakat terpendam ??
He he misi gagal ?? Anak masih menangis .. sabor ajelah

Nak tunjuk pensil warna baru ....hebatkan !

Ada gaya ustazah tak ? Bravo Bravo ...
Pasangan kembar pertama di PASTI ... harap-harap dapat kekal belajar , dah ada ura-ura tak mahu kesekolah sebab tak mahu berpisah dengan ibu . Mudah-mudahan lembut hati untuk terus bersekolah...
Yang tak bermasalah dengan pergaulan terus dengan cara-cara masing-masing

Harap terus tekun hingga keakhirnya ...

Akhirnya sedikit kelucuan yang berlaku diakhir hari pertama hari ini. Semasa menghantar balik anak-anak PASTI ini ke tempat asuhan mereka , telah ku bilang ada 6 orang kesemuanya tapi tiba-tiba pengasuh itu menegurku ....Bang ada seorang lagi ni yang tertinggal nie ? Ye ke ? Yang pakai baju coklat . Tak pe nanti saya periksa kat sekolah kalau ada nanti saya hantar semula . Setibanya di sekolah ternyata memang ada seorang lagi pelajar yang memakai baju coklat yang masih bersahaja bermain seorang diri walaupun kawan-kawannya yang lain sudah pulang kesemuanya ... Hari pertama beb masih tak tahu mana yang satu yang perlu dihantar , yang mana pula dijemput oleh ibu dan bapa mereka ?

Alhamdulillah ...diakhir persekolahan tadi seramai 27 pelajar baru dan lama akan bersama-sama di PASTI kami sepanjang sesi 2011. Terdapat sedikit peningkatan jumlah pelajar berbanding tahun lepas dan ini bermakna bertambahlah juga tanggungjawab yang perlu dipikul bagi melahirkan GENERASI BERTAKWA .

1 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

syabas buat pasti ssk