SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

28 Mac, 2011

USTAZ KAMARULZAMAN AB RAHIM DALAM KENANGAN ...

Pada tanggal 25hb Mac 2011 bersamaan 20 Rabiulakhir 1432 H telah kembali seorang insan kepada penciptaNya dengan tenang. Kembalinya di hari yang penuh kemuliaan ini diterima dengan penuh kejutan oleh rakan taulan , sanak saudara lebih-lebih lagi anak isteri yang tercinta. Tapi apakan daya ...kematian adalah suatu kepastian bagi semua insan. Alhamdulillah sepanjang usia beliau yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT telah dimanfaatkan sebaiknya dijalan yang diredhai dengan memikul pelbagai jawatan dan amanah yang pasti matlamatnya untuk mendaulatkan daulah Islamiyah disebalik keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu mengizinkan. Berjuang bersama HPA untuk mempromosikan produk halal tanggungjawab bersama dengan gigih disamping isteri yang tercinta. Banyak berkorban untuk memastikan pasaran produk halal dapat menembusi bumi Hang Jebat ini dan alhamdulillah hasil perjuangan beliau kini boleh dilihat dengan perkembangan pesat perniagaan HPA di Melaka. Siapa yang boleh menafikan sumbangan beliau ini ? Banyak membantu Kelab Sahabat Siti Khadijah didalam mengerakkan program-program terutamanya PBC , susah senang dipikul bersama ... Ohh terlalu besar jasamu untuk dinukilkan satu persatu diruangan ini. Kini beliau telah tiada lagi ...pergi yang takkan kembali. Kembali menemui penciptaNya ...namun jasa-jasa yang ditinggalkan insyallah akan terus subur demi suatu perjuangan yang abadi. Ustaz ! Kami kehilangan seorang teman , kami kehilangan tempat mengadu , kami kehilangan teman untuk berbicara soal-soal perjuangan , kami rasa kehilangan ..... namun kami redha dengan kehilangan ini kerana ini janji ALLAH . ALLAH tidak pernah memungkiri janjiNya . Kami semua dari Kelab Sahabat Siti Khadijah mendoakan semuga roh Allahyarham Ustaz Kamarulzaman Ab Rahim senantiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga segala jasa dan pengorbananmu akan diterima sebagai amalan-amalan yang soleh dan mendapat balasan yang selayaknya iaitu Syurga Firdaus ...amin amin amin yarabbalalamin.
AL FATIHAH ...

2 ulasan:

ummu aisyah berkata...

SALAM TUAN, AKAK SAMA2 MENUMPANG SEDIH . SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT Allah dan takziah untuk puan zahirah. semoga lebih tabah dalam menharungi hidup. amiin.

Abd Halim Said berkata...

terima kasih kerana sudi menumpang sedih. kami semua sedih kerana kehilangannya secara mengejut tapi kami redha dgn ketentuannya