SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Julai, 2011

JPN TURUN MTD BEMBAN ... MTD BEMBAN TURUN LAPANGAN

Alhamdulillah pada 16 hb Julai 2011 yang lalu telah berlangsung suatu majlis yang amat bermakna didalam sejarah perjuangan berpolitik bila mana Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Negeri Melaka telah berkunjung ke MTD Bemban bagi meninjau persiapan kami didalam menyediakan diri dan menyiapkan jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Program yang telah berlangsung dengan penuh ukhuwah telah dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak dengan sebaiknya berbincang , bertukar-tukar fikiran serta pandangan , meluahkan apa yang terbuku di qalbu , bermuhasabah diri demi menjana gelombang kemenangan bagi memBERSIHkan yang KOTOR dan merealisasikan konsep Negara Berkebajikan di bumi yang tercinta ini.

JOM kita layan apa yang sempat dirakamkan oleh lensa kami ..


Pengerusi MTD dan Setiausaha JPN serta rombongan sedang memperkatakan sesuatu ..

Perwakilan dan Ketua-ketua UPU yang hadir ...


Perwakilan Halwa MTD Bemban ...
Ketua rombongan merangkap SU JPN sedang membentangkan visi n misi program
Kehadiran yang memberangsangkan memberikan satu petanda baik buat N24 Bemban dalam PRU 13 nanti .... Insyallah.

Dalam serius ada guraunya .... lawan tangkap gambar .


Manakala pada 23hb dan 24 hb Julai 2011 pula telah berlangsung program MTD Bemban bersama MASYARAKAT sempena kedatangan bulan Ramadhan Kareem 1432 H. Program turun kelapangan ini adalah bertujuan untuk meraikan insan yang kurang berkemampuan disaat-saat menghadapi kehadiran bulan Ramadhan yang tinggal seminggu sahaja lagi. Diharap sumbangan yang diberikan ini akan dapat membawa senyuman kepada penerimanya bahawa sanya masih ada kumpulan yang betul betul prihatin dengan nasib mereka walaupun mereka tidak dapat merasakan impaknya tinggal di sebuah negeri yang berstatus MAJU pada 20.10.2010. Keprihatinan yang tidak memilih bulu inilah yang hendak kami terapkan sebagai satu titik permulaan kearah merealisasikan NEGARA BERKEBAJIKAN. Dua hari yang ada ini telah dimanfaatkan untuk menjelajah ke semua UPU di MTD Bemban ~ Tehel , Pondok Kempas , Kesang , Air Baruk , Taman Maju , Seri Bemban dan Ayer Panas. Jom kita selami hati dan jiwa mereka melalui gambar-gambar yang sempat diabadikan ...
Kak Non ...jiran yang prihatin menerima bagi pihak keluarga J5783 di UPU Seri Bemban.
Keluarga yang sepatutnya menerima masih didalam perjalanan pulang setelah pergi mengambil anak perempuannya yang baru sahaja menerima rawatan di Hospital Melaka.

Bersama penerima di UPU Ayer Panas . Turut serta dalam rombongan adalah wakil ARC ~ Alternatif Riding Club yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Syabas dan tahniah !
Keluarga ke 2 di UPU Ayer Panas ..


Penerima di UPU Air Baruk bergambar bersama dengan bakal YB N24 Bemban.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH ! BERSEDIA PADA BILA BILA MASA UNTUK MEMIKUL MANDAT DAN AMANAH RAKYAT BEMBAN KHUSUSNYA UNTUK MEREALISASIKAN NEGARA BERKEBAJIKAN SELEPAS PRU 13 !! ALLAHUAKBAR !!!

1 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

tahniah pada semua warga mtd bemban,en halim tlg edit posting ini pada MTD N24 Bemban bukan n27... boleh tambah gambar yg saya emailkan