SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

07 Julai, 2009

SITI KHADIJAH GEMPUR FELDA SRI MENDAPAT


Bersempena dengan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Melaka Peringkat Daerah Jasin yang diadakan pada 5 hb Julai 2009 yang lalu di Padang Bolasepak Felda Sri Mendapat Merlimau Melaka , Pusat Agensi HPA sekali lagi telah diberikan penghormatan untuk membuka kaunter jualan dan promosi produk-produk keluaran HPA . Persiapan yang telah dibuat sejak malamnya agak terganggu kelancarannya dek cuaca mendung dipagi hari tersebut.


Sebagaimana takdirnya , hujan pun turun dengan selebat-lebatnya sebaik sahaja kami sampai kelokasi .
Teringat bait-bait lagu allahyarham Sudirman .... Hujan yang turun bagaikan mutiara ,
Menyirami kepelusuk alam ,
Kau datang dan pergi juaaa ,
Rindu lagiiiii

Hujan yang turun untuk menguji sejauhmana kekentalan semangat juang. Menguji kesungguhan . Menguji kesabaran . Menguji keimanan dan bermacam-macam ujian yang insyallah akan dikecapi kemanisannya dihujung perjuangan. Berkat kesabaran , hujan melabuhkan tirainya ..... maka bermula episod seterusnya .... Buka Kaunter Jualan. Barang dagangan pun disusun tapi sebelum itu .... meja kena angkat sendiri daripada kelas-kelas nun jauh diatas bukit sana . Dugaannnnn ...




Banner promosi yang sempat digantung. Siapa lagi nak promosi syarikat sendiri kalau bukan diri sendiri .....






Dah siap atur ...ambil nafas le sekejap sebelum pelanggan datang serbu ..
Alamak ... ramai yang dah datang ke gerai sebelah .Kena bersedia nie .... dengan ilmu sabar ,
dan peramah .

Kaum Hawa kalau nampak baju .... apa orang tua-tua kata .....macam semut jumpa gula.
Insyallah kalau gula yang dia jumpa tak cukup umph ...jumpa pula Kopi Diet , gula manis tiada kalori pasti terpikat.











Wanita kalau nampak barangan aksesori wanita memang cukup pantang . 5 km dah boleh nampak daya tarikannya .... Tak percaya ?? Tuu ...belum sempat siap susun lagi dah ada yang datang menjengah .

Cari apa tuuu... duit pecah ye ?? Standy ...nanti pelanggan datang tak kelam kabut.

Sedia payung sebelum hujan....walaupun hujan masih turun . Gerimsis ..













Mari ! mari! mari ! ....baju ade , perfume ade , macam-macam ade.



Sebelum jual , kena rasa dulu ....
Baru pelanggan yakin. Betul tak cikgu ??
Bisnes air tak jalan .....hujan ? Sabau aje lee

Apa macam bang ? Belum ada yang rapat ke ?? Seru-seru le yang sebelah tu agar singgah kat gerai kita pula ...











Pilih ! Pilih ! Gelang cyrstal buatan sendiri ...
Wah ! Yang ni cantik gak ? Berapa harga ekkk ...
Antara acara sukaneka yang sempat dirakam oleh lensa kami.
Acara yang diberikan nama ....kalau tak silap . Belaian jiwa
Belon yang diisi dengan air , lepas tu kena lontarkan kepada rakan sepasukan dengan penuh lemah lembut dan berhati-hati agar tidak terhempas dan pecah ... poom ! Sebab tu dinamakan Belaian Jiwa .


Cik Abang buat apa meyibuk pulak nie ? Macam wartawan je... agak-agak esok masuk "paper" tak ? Ini kad saya .... tahniah kerana belon puan dah pecah . He He
Dah sedia ke belum ...




Akhirnya ....


Semakin ramai yang datang berkunjung ke gerai kami.















Tak menang tangan kami nak berikan penerangan dan jualan. Syukur ramai yang sudi singgah ke gerai kami.














Jangan le pandang dari jauh je kak ooi . Sentuh dan lihat le ..tak beli pun tak pe ...mari dekat sikit boleh saya terangkan sikit produk kami nie.














Nampak macam dah berkenan dah tu ..harga tak berapa mahal tapi nilainya cukup mahal .















Sabun ini baik untuk muka wanita. Insyallah jika diamalkan muka boleh berseri kemerah-merahan.
Paramaria pula khusus untuk wanita yang sayangkan suaminya . Tak percaya , beli , cuba dan tanya suami perbezaannya .....

















Ahli HPA rupanya ... alhamdulillah ramai rupanya dikalangan ustazah-ustazah ini yang dah jadi ahli. Kena buka invois le ... cukup nm hujung bulan dapat bonus le pulak.
Ustazah-ustazah dari Zon ? pula mengambil giliran ziarah.





Majlis sukaneka dah habis rupanya ... berduyun-duyun masuk kedewan untuk upacara penutup dan penyampaian hadiah.
















Sebahagiannya berduyun-duyun pula ke gerai jualan. Yang kalah leee ni yang kesini. Yang menang pergi ambil hadiah.






Hujan masih turun rupanya ..






Sekian adanya. Sebuah coretan suka duka kami di Felda Sri Mendapat Merlimau Jasin Melaka.Hujan yang turun tidak menghalang misi kami mempromosikan produk-produk halal HPA. Gempur terus Gempur . Terima kasih buat semua yang membuka ruang untuk kami berada disini. Terima kasih kepada semua yang membantu buat jualan dan membantu menghabiskan jualan. Untuk akhirnya ....terimalah ucapan Selamat Hari Guru buat semua Ustaz dan Ustazah JAIM . Muga bersama kami mempromosikan kepentingan produk halal kepada generasi pelapis di bumi Hang Jebat ini.