SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

23 Oktober, 2009

USRAH MTD BEMBAM

Pada tanggal 19hb Oktober 2009 bersamaan 30 Syawal 1430H telah berlangsung Usrah Bulanan MTD Bemban dimana Pusat Agensi Jasin telah menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah buat kali kedua. Memandangkan MTD Bemban adalah merupakan ahli HPA yang didaftarkan secara sah dengan nombor keahliannya 371361.MY01 maka usrah bulanan ini mempunyai kelainan dan keunikkannya yang tersendiri.
Majlis bermula dengan majlis berbuka puasa sunat secara jemaah dan disusuli dengan Solat Maghrib dan jamuan. Antara menu yang dihidangkan adalah Ayam Organik masak rendang nasi himpit , lodeh , kuah kacang , sambal bilis , air kordial asiatica dan kopi radix mai secawan ...
Seusai sahaja jamuan makan , majlis diteruskan dengan majlis bacaan Al-Mathurat dan solat Isyak berjemaah serta solat Hajat . Selepas itu majlis usrah pun dimulakan dengan dipimpin oleh Naqib Ustaz Jumary Jaffar yang juga merupakan ahli HPA dengan nombor keahlian 371281.MY01 yang merupakan generasi 1 kepada MTD Bemban. Jom kita lihat apa yang berlaku seterusnya ....


Selesai sudah tanggungjawab kepada Ilahi untuk malam itu ...


Saudara 395497.MY01 Mohd Diah Md Katas yang merupakan setiausaha MTD sedang membentangkan pendapatan MTD Bemban daripada pembelian ahli-ahli HPA dibawah rangkaian MTD Bemban bagi bulan Ogos 2009. Alhamdulillah pendapatan bulan ini meningkat kepada RM 108.88. Bertambah lagi dana MTD Bemban hasil perjuangan ahli-ahli HPA. Bukti dah ada tapi masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk membeli produk-produk HPA untuk kegunaan harian mereka sekeluarga. Inilah asam garam perjuangan demi mendaulatkan ISLAM!!

Dua generasi berbeza ...veteran dan muda bersatu di usrah


Naqib sedang mengupas ayat Al-Quran sempena kedatangan bulan Haji dan kebetulan salah seorang ahli usrah yang hadir pada malam tersebut akan pergi menjadi tetamu ALLAH pada kali ini...mudah-mudahan mendapat Haji yang MABRUR. Sempat beli Kopi Radix dan Cereal untuk dibawa sebagai bekalan ke tanah suci .. Alhamdulillah.Satu lagi kejayaan buat produk-produk HPA.


Antara yang hadir sedang memberikan fokus terhadap kupasan isu semasa yang sedang dibentangkan oleh ahli-ahli usrah.


Naqib sedang mengulas isu hangat semasa ...tak lain tidak bukan PRK N31 Bagan Pinang .

Orang muda sedang memberikan buah fikirannya terhadap keputusan di Bagan Pinang .


Yang lain memberikan perhatian ...seriusss


Pasti ada fakta menarik yang sedang disampaikan , hingga menekup mata dibuatnya ...

Antara wakil kaum muslimat yang hadir ..

Untuk akhirnya sesuatu yang paling penting yang telah dibincangkan dalam usrah kali ini adalah Kelab Sahabat Siti Khadijah dengan kerjasama MTD Bemban akan menapak maju setapak lagi untuk menerokai bidang pendidikan awal dengan menubuhkan sebuah pusat asuhan kanak-kanak dibawah jenama PASTI bermulanya sesi persekolahan 2010. Insyallah dengan doa dan sokongan semua , ruang atas Pusat Agensi Jasin ini akan dimanfaatkan untuk dijadikan PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH. Mudah-mudahan niat murni akan dipermudahkan segala urusan dan direalisasikan menjadi kenyataan. Doakanlah ......aminnnnnnnnnnnnnnnn