SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

06 Januari, 2010

WARNA WARNI HARI PERTAMA DI PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH

Alhamdulillah sesi persekolahan 2010 telahpun membuka tirainya pada 4hb Januari yang lalu dan sebagai pemain baru dalam dunia pendidikan PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi warna warni hari pertama persekolahan dengan semua . JOM kita saksikan ....


Kelas yang masih lenggang menunggu ketibaan para pelajar baru ...

Guru-guru PASTI sedang melayan tetamu yang sudah mula hadir ...
Antara bahan mengajar yang telah disediakan ...


Wah ! Pelajar pertama yang telah mendaftar ...
Eh mana anaknya ? Ibu @ bapa yang belajar nie ...
Antara ahli HPA yang menyahut cabaran menghantar anaknya untuk menimba ilmu di PASTI SSK ....Insyallah berkat.

Yang sedang menunggu giliran untuk mendaftar ...
Sabar menunggu giliran juga ... alhamdulillah.


Sibapa mendaftar , sianak pula dah mula menunjukkan kemesraannya dengan Guru dan rakan rakan sebaya yang lain . Cayalah ....

Si abang yang nak belajar , si adik tumpang sekaki . Tahun depan giliran awak pulak yeee.

Dah dapat giliran ....Alhamdulillah
Cuba try test baju tu ...takut tak muat pulak ?

Anak-anak dah lupa mak bapak ...bila dah dapat geng ?
Hari pertama dah dapat main tanah liat ye ...sapa yang tak suka ke sekolah ye !


Masih ada lagi yang datang untuk mendaftar ....



PENGURUS PASTI SSK sedang beramah mesra dengan ibubapa...macam tulah.
Wah seronok anak-anak ini dapat Guru yang baik ..
Semua ikut apa yang cikgu buat yeee...

Ibubapa yang baru sampai untuk mendaftar ...TAHNIAH
Bilik yang tadi kosong kini sudah bertukar wajah ...
Duduk le disini ...Jangan le malu malu .
Pelajar internasional ...anak Pakistan turut tertarik untuk belajar di PASTI SSK . Cayalah ...

PLX Ammar Firdaus pun belajar di PASTI SSK ...Tahniah !


Sikecil manis ini adalah anak Pakistan yang bersama-sama mewarnai PASTI kami ...
Ikut macam apa yang Cikgu tulis ye murid murid ...
Wah bukan main mesra anak-anak PASTI kita ini. Baru hari pertama sudah boleh berkomunikasi dengan baik . Alhamdulillah ...


Wah bersemangat sungguh anak-anak PASTI ini melakukan apa yang disuruh oleh Cikgu Intan .. TAHNIAH muga visi dan misi PASTI SSK akan dapat dicapai dengan jayanya didalam percubaan pertamanya pada tahun ini.

Sehingga coretan ini dibuat , seramai 19 orang pelajar telah mengesahkan pendaftarannya untuk menimba ILMU di sini. Syukur kehadrat ILAHI kerana apa yang diusahakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat ...GURU-GURU , AJK PASTI SSK , IBUBAPA dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam mewarnai hari pertama yang penuh BERMAKNA dan BERSEJARAH ini. Muga segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada ALLAH SWT. Aminnnnn

2 ulasan:

Rangkaian Dcentella berkata...

Alhamdulillah. Tahniah Sahabat Siti Khadijah. Dari Perniagaan HPA, melangkah ke sektor pemakanan halal dan ke sektor pendidikan islam.Kalau berkesempatan ke Melaka, saya pasti akan melawat ke tempat tuan. banyak yang perlu dipelajari dari orang lama nie.

Abd Halim Said berkata...

Terima kasih datanglah ziarah. Kecil tapak tangan Radix Cafe kami sediakan.