SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Januari, 2011

YAHOO ...BARANG NAIK HARGA LAGI !!

Baru je dapat SMS ...." Keputusan Majlis Syura PJS - Segera ambil tindakan ! Mulai 1 Feb 2011 semua produk dinaikkan harga 5 peratus . Kopi Jumbo naik ke RM30(10nm) . Produk produk herba RM16 naik ke RM20(10nm). Beli sekarang .. "

Ingatkan BN sahaja naikkan harga barang. Rupa-rupanya syarikat harapan paling akhir ini pun akan menaikkan harga barangnya berkuatkuasa 1 hb Februari 2011. Apa yang boleh diharapkan , untung berpuluh juta sebulan pun sudah tidak boleh bertahan bagaimana dengan peniaga kecik macam AKU ni .. harga naik tapi pendapatan tidak naik. Kalau boleh tu dikajilah juga agen stok punya komisen agar masih berdaya maju dan bertahan ditengah-tengah kegawatan ini.

Peliknya ..."Beli sekarang ...apa motifnya ? Kenapakah digalakkan belian panik oleh majlis Syura PJS ?? Apa muslihatnya ? Menggalakan ahli berebut-rebut untuk belian untuk mengaut keuntungan yang sementara ? Bolehkah beli pada harga lama dan menjual pada harga baru selepas 1 Feb 2011 ? Apakah hukum jualbelinya ?

Dimaklumkan bahawa pihak syarikat tak keluar sesenpun beli bangunan kebanggaan ahli tapi kenapa sejak perlancarannya perniagaan menjadi tak menentu . Kos produk sudah tidak boleh ditanggung dan terpaksa dibebankan kepada ahli dengan hadiah kenaikan harga barang ?? Mana tanggungjawabnya ?

Tak lama lagi syarikat akan menyambut "Hari Raya"nya . Kononnya untuk menghargai sumbangan ahli-ahli yang telah bertungkus lumus membantu syarikat meningkatkan jualan. Tapi benarkah begitu setelah berjaya semua ahli dapat satu lagi hadiah yang cukup besar dengan kenaikan harga ? Adakah sasaran yang ditetapkan iaitu 20 juta tercapai sehingga terpaksa diistiharkan anak bulan telah kelihatan untuk memungkinkan "Hari Raya" disambut. Kalau sudah tidak mampu untuk menampung kos kenaikan bahan mentah bagaimana syarikat boleh mampu berbelanja begitu besar untuk membayar insentif-insentif yang dijanjikan ? Adakah kos yang terpaksa dikeluarkan ini perlu dibayar balik oleh ahli dengan kenaikan harga produk ? Tidak bolehkah aktiviti-aktviti membazir ini dibatalkan demi suatu perjuangan yang panjang. Berbaloikah meraikan segelintir sahaja dengan anugerah yang berbagai-bagai tapi terpaksa mengorbankan 600 ribu ahli yang lain dengan pengumuman kenaikan harga produk ?


Fikir-fikirkanlah ... apakah hala tuju kita sebenarnya ? Perjuangan untuk menyelamatkan ummah atau perjuangan untuk keuntungan semata-mata ?

3 ulasan:

Pelapis PJS Zon Selatan berkata...

Maaf saya menegur.....kata-kata dalam blog tuan tidak langsung mencerminkan diri tuan sebagai seorang peniaga Islam lebih-lebih lagi sebagai usahawan syarikat HPA... Harapan syarikat mahukan kita bekerja kerana Allah dan bertaqwa serta sentiasa redha...

tan berkata...

saya seorang berbangsa cina. saya cukup kagum dengan perkembangan hpa. tapi jika saya baca tulisan ini, saya jadi pelik mengapa orang melayu tidak menyokong perniagaan bangsanya sendiri. hpa juga saya mendapat berita banyak meberi derma kepada sekolah agama. orang miskin

tiada lain hanya kutuk dan marah sahaja. sedangkan dalam perniagaan MLM untuk berjaya harus membina rangkaian. tidak pernah saya dengar bahawa seseorang dalam perniagaan boleh mendapat pendapatan tinggi drp stokis. melainkan drp rangkaian niaganya.

Abd Halim Said berkata...

terima kasihlah menegur , saya terima dgn hati yg terbuka, apa masalahnya saya meluahkan apa yang terbuku dihati , terpulang kepada masing-masing utk menilainya.Kerana menyokonglah ini , kami masih bertahan walaupun terpaksa bersaing dgn syarikat sendiri. Kami bukan kepingin sangat untuk mendapat pendapatan yang tinggi tetapi sekiranya kospun tak lepas dek tiada sokongan drp syarikat apa ceritanya ? Biarlah Allah yang menilai siapa yang bekerja kerana Allah atau siapa yang hanya pandai berkata-kata tapi sebenarnya hipokrit .