SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

03 Julai, 2009

PBC TERAKHIR ANJURAN KELAB ??

Tribunal sudah bersuara ?? Keputusan telah muktamad. Akhirnya Allah SWT telah memberikan kesedaran kepada pihak pengurusan bahawa PBC yang dianjurkan selama ini kebanyakannya tidak melahirkan ahli yang berkualiti.Ramai yang terpesong daripada semangat perjuangan untuk memartabatkan produk halal HPA tapi lebih mementingkan RM ! RM ! dan RM ! Bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa dan mencemar nama baik HPA maka Tribunal Pun Bersuara ....kalau kat siri Survivor tu ... dihujung setiap siri akan terpacullah perkataan ...."Tribe has spoken" maka apabila dah gitu maka kena terimalah apa jua keputusannya .
Maka bermacam-macamlah peraturan terpaksa dikeluarkan hanya kerana segelintir "kerbau yang membawa lumpur ... "
Teringat semasa nak menubuhkan kelab tempohari , digesanya untuk didaftarkan nama kelab oleh PU agar mudah untuk berurusan dan dibimbing ....puas dipujuk kerana bimbang terikat dengan itu dan ini , bila sesuatu yang tidak formal sudah jadi formal. Sampai ada yang menyarankan agar kelab ini didaftarkan dengan pendaftar pertubuhan ......sampai begitu sekali. Akhirnya bermesyuaratlah grup kami .....dan satu surat permohonan lengkap dengan latar belakang kelab telah dihantar dengan tangan ke PU HPA kebetulan kami ada mengadakan lawatan sambil belajar ke HPA Perlis dan Sg Petani. Dah tubuh kelab diminta pula ujudkan blog kelab dan sebagainya. Lepas keujudan kelab maka wujud pula kelab induk .....KPU , KPA , KPT dan lain-lain...
Kini ..... kelab yang dulunya diminta untuk didaftarkan kini sudah hilang fungsi. Pengiktirafan telah ditarik balik. Apa-apa aktiviti perlu melalui kelab induk ......itulah antara petikan yang dapat saya baca dan fahami hasil suara daripada TRIBUNAL.
Apa nak dikata .... mereka ada kuasa dan telah diberikan kuasa. Kami insan kerdil ini dengan redha menerimanya ...
Oleh yang demikian , sebagai penutup tirai PBC anjuran kelab ini maka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diatas segala sokongan yang telah diberikan selama ini oleh semua pihak , maka dengan rendah diri diumumkan PBC TERISTIMEWA dengan HARGA yang ISTIMEWA akan diadakan seperti ketentuan berikut :

TARIKH : 18 HB - 19 HB JULAI 2009
TEMPAT : HOTEL SERI IMPIAN JASIN MELAKA
BAYARAN : RM 140.00 SEORANG

Yang berminat sila hubungi kami dengan segera kerana tempat adalah terhad. Tempahan yang dibuat perlulah disertakan dengan wang deposit sebanyak RM 50.00
Jangan lepaskan peluang ini !

PBC terakhir ini tidak bermakna akan berakhirnya perjuangan ini. Perjuangan akan terus berjalan ....selagi nadi masih berdenyut, selagi darah masih mengalir , perjuangan ini akan tetap diteruskan. Insyallah kita akan menggunakan ruang yang ada untuk terus berdakwah dan berjihad. Biarlah kita mengamalkan pendekatan yang sederhana tapi istiqamah berbanding pendekatan lebuhraya tapi tak tak kekal , mati semangat , putus asa selepas banyak modal yang dilaburkan , bonus yang diperolehi hanya RM ??? Percayalah ..... kejarlah akhirat kerana dunia akan mengikut kita tapi sekiranya kita mengejar dunia maka akhirat akan meninggalkan kita.

3 ulasan:

admin berkata...

betul tu...jangan asyik mngejar duniawi saje...

Abd Halim Said berkata...

betoi betoi betoi

இ محمد فريد இ berkata...

saya mungkin akan turut serta dlm PBC nie sebagai ganti isteri. insyallah