SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

31 Ogos, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH SAHABAT SITI KHADIJAH MERIAH !!




Alhamdulillah .. pada 27hb Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430 majlis berbuka puasa dan solat terawih kelab telah berjaya diadakan di HPA Cawangan Semabok Perdana dalam suasana yang cukup harmonis , ceria dan penuh dengan semangat kasih sayang sesama muslim ahli-ahli kelab.


Meriah kerana ianya dihadiri oleh ahli-ahli yang komited dan tahu menghargai erti perjuangan dan persaudaraan sejati.








Meriah bukan kerana adanya hiburan dan makanan yang melimpah ruah tapi meriah kerana kesatuan dan semangat kerjasama yang dipamirkan oleh setiap keluarga yang datang.

Sembang-sembang bermanfaat ketika menunggu masuknya waktu berbuka





Diantara hidang berbuka kami yang telah siap dihidangkan ..








Sesekali dapat berkumpul beramai-ramai memanglah seronok , hilang rasa lapar sehari yee..

Tetamu istimewa kami ...Presiden KPA/Pengerusi Grup Sahabat Network . Kehadiran beliau sekeluarga telah menambah seri majlis kami yang memang dah berseri.....jadi berseri-seri.

Jeling jam ke tu ....dah masuk waktu ke belum ekkk??



Anak-anak siapa ni ekk ? Sabar menunggu salah satu kegembiraan orang-orang yang berpuasa ....berbuka .



Tak kira dimana ..tugas ibu tetap dipikul bersama. Kaum ibu sedang sibuk menyediakan makanan untuk berbuka ...










Allahuakbar ! Allahukbar !
Alhamdulillah ...tiba juga saat yang dinantikan ...masa untuk berbuka ...








Suasana yang agak bising tiba-tiba jadi hening apabila tiba masa berbuka ..
Anak-anak yang tadinya tak senang duduk kini berhimpun dengan penuh tertib menikmati rezeki pemberian Ilahi di bulan yang mulia ini ...alhamdulillah.





Seronok sungguh dapat berbuka beramai-ramai ...lihatlah betapa bertuahnya kita jika dibandingkan dengan setengah-setengah saudara seagama kita ditempat lain yang diuji dengan macam-macam dugaan ...peperangan , kebuluran , penyakit dll.






















Wah ! Ini yang untungnya orang dapur ...banyak pilihan. He he
















Lepas satu , satu ....
semua juadah nak dirasanya ..

















Ha ha .. tetamu VIP kami ...malu le tu ...

Wah makan mee goreng dulu ye .



Masing-masing sedang menikmati juadah yang disumbangkan sesama sendiri ...terima kasih daun keladi.


Macam kenal je muslimah bertudung hitam nie ..makan teruskan makan ye . Jangan tak lalu pulak . Terima kasih kerana sudi memberi ruang kepada kami memanfaatkan kemudahan yang ada dan sudi hadir memeriahkan majlis kami yang tidak seberapa ini.




Nampak tak ? Contoh tauladan yang baik ...3 beranak makan dalam satu pinggan .
















Bagai memahami ibunya perlu menggalas perut setelah berpuasa , sianak comel ini duduk tenang dipangkuan ibunya .



Perut dah berisi , barulah boleh sambung semula sembang bermanfaat ...




















Wah ! Apa isu hangat yang dibincangkan ekk ??


Dah kenyang . Jom kita solat pulak ....

Laa...sempat berposing dengan sicomel ni ye ...bila nak solat. Jangan jangan ....


Dalam apa jua majlis , anak-anaklah yang paling meriah dan gembira sekali ...berposing ye dik !


Peaceeeeeeeee

Bakal PJM satu hari nanti . Insyallah
















Menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada penciptaNya ...
































Aktiviti anak-anak ketika ibu dan ayah mereka bersolat ...
Tak duduk diam mereka ini . Ada ada saja ...




Lupa bawa telekong ke ??

Sujud hambanya kepada pemilik alam ini ..Allahuakbar !








Sempat lagi berposing ..





















Kan dah kata tadi ..anak-anak ini memang ada sahaja permainan mereka ...ni main apa pulak nie ..macam biasa tengok je..






















Alhamdulillah ...sudah selesai solat terawih


Masa untuk mendengar Tazkirah Ramadhan pula

Jasmani sudah diisi , Rohani pun kena isi juga ...barulah seimbang .













Masing-masing fokus kepada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Kamarulzaman




































Ramadhan itu terbahagi kepada 3 fasa ....
Fasa 1 ...10 hari pertama ..rahmat
Fasa 2 .. 10 hari kedua ..maghfirah - diampunkan dosa
Fasa 3 ... 10 hari terakhir ..dilepaskan dari api neraka.
Jadi apa tunggu lagi , rebutlah tawaran istimewa yang tiada pada bulan-bulan lain ....





Khusyuk @ terlena ...




















Disaat tazkirah berlangsung ..sempat depa berposing di anak tangga .

















Kisah dah sampai ke anak tangga . Apa maknanya ...
Maknanya sampai disini dulu kisah majlis kami yang seadanya ini. Muga pertemuan yang singkat ini akan memberikan natijah yang baik didalam kehidupan dan perjuangan yang masih belum selesai ini. Muga apa yang dicoretkan dapat memberikan manfaat kepada yang mengikutinya. Maaf jika ada yang terguris atau mengguris . Wasalam .









Tiada ulasan: